Sabtu, 3 April 2010

Sekitar Perasmian Liga Bolasepak 1 Malaysia Pemuda BN Bkt Gantang

Simpang- 3 April 2010, Pagi tadi TM sempat singgah di Padang Awam Taman Kota Jaya , Simpang. Sejumlah 29 Pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan Liga 1 Malaysia.

Antara pasukan yang mengambil bahagian ialah RTD FC, Matang Gelugur FC, Pokok Assam FC. Larut Tin B (FC), Taman Berkat FC, Changkat Jering FC, KSY FC, Larut Tin A (FC), Kpg Pak Darus , Taman Indah FC, Kelab Sukan TPG, Kampung Jelapang FC, Padang Gajah FC, Al-Riadah Changkat Jering, Kampung Menteri, TNB TPG FC, RT Taman Kaya FC, Senduk FC, Kelab Sukan Trong, Kampung Dew FC, Merak Matang FC, Kesuka , Jebung FC, Kayangan Matang FC, Iswary FC, Silverstone FC, dan PLUS FC.

Sempena pelancaran program ini, pihak penganjur telah menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk jemputan yang hadir. Hadiah cabutan bertuah termasuklah barangan elektrik seperti Peti Sejuk, Tv dan juga termasuk beberapa buah basikal sesuai untuk anak-anak ke sekolah.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Program Saudara Shamsul Alias selaku Ketua Pemuda Umno Bukit Gantang dan diikuti dengan ucapan Datuk Rosli Husin Pengerusi BN Bukit Gantang.

Ucapan Perasmian telah disempurnakan oleh  YB Dato Razali Ibrahim Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia juga Timbalan Ketua Pemuda Umno Malaysia.

 TM mengambil peluang untuk bertemu bual dengan YB Dato Razali selepas upacara perasmian dan gimik pelancaran dengan tendangan bola ke tengan padang, Soalan yang dikemukakan kepada beliau ialah mengenai calon BN di Hulu Selangor. Beliau menegaskan bahawa kerusi tersebut milik Mic dan atas dasar setiakawan dalam BN kita harus menghormati kerusi itu milik Mic.

Cuma faktor calon harus diambil kira untuk PRK kali ini. Mic mempunyai ramai calon yang boleh diletakkan di P094.  Tidak semestinya kepada Dato G. Palanevel sahaja.  TM bersetuju kerana calon tersebut sudah kalah dalam PRU 12 setelah 4 penggal menjadi MP kawasan tersebut.

Tegasnya Umno tidak perlu merebut kerusi tersebut kerana agihan kerusi MP dan Adun telah dipersetujuai di peringkat atasan atau pucuk pimpinan Umno dan BN.  Apa yang penting kali ini ialah BN mesti menang dengan baik seperti mana PRU 11.

Kerjasama yang baik parti komponen BN adalah satu petunjuk atau unjuran dalam PRU 13 tidak lama lagi. Oleh itu adalah baik kita tidak bertelagah dengan merebut kerusi tersebut. Memang Umno sudah bersuara untuk mengambil balik kerusi tersebut tetapi kita harus pandang jauh kehadapan untuk kemenangan BN di masa depan.

Tambah Dato Razali lagi, jika MIC menyerahkan kembali kerusi MIC kepada kepimpinan BN maka baru lah Umno boleh memohon untuk meletakkan calon di situ .