Sabtu, 17 April 2010

SITUASI DI HULU SELANGOR

Pagi ini TM bergerak dari Taiping jam 7.00 pagi dan sampai di tempat penamaan calon jam 9.20 pagi. TM telah keluar melalui Tanjung Malim sempadan Selangor dan Perak. Suasananya tidak berapa meriah lagi . sehingga tiba di pekan Kuala Kubu Bharu.

Dari simpang masuk ke tempat penamaan calon puluhan ribu kereta telah penuh sesak disepanjang bahu jalan. Ini kerana pekan Kuala Kubu tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang terlalu banyak.

Penyokong-penyokong kedua-dua pihak terpaksa berjalan kaki berberapa kilometer untuk sampai ke Pejabat daerah. TM sempat menemu ramah beberapa orang ahli-ahli komponen BN terutama Gerakan, Mca , PPP, IPF dan MIC sendiri.

Mereka begitu yakin kali ini bahawa BN dapat mengambil kembali kerusi tradisi yang terlepas ke tangan PKR pada PRU 12 yang lalu. Mereka melahirkan keyakinan terhadap konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Apa pembangkang nak kata pun katalah bagi  mereka konsep tersebut sangat baik. Ia dapat merapatkan hubungan semua kaum terutama sekali komponen BN.

Ahli Mic yang ditemui berkata masih terdapat segelintir orang India yang masih menyokong pembangkang dan mereka akan berusaha supaya  mereka kembali menyokong BN.  Rata-rata yang ditemui amat berpuas hati dengan suasana harmoni yang ditunjukkan oleh semua parti. 

Penamaan calon kali ini adalah milik BN. Setiap sudut di penuhi oleh penyokong BN. Penyokong PR hampir tenggelam. Ia amat berbeza jika dibanding hari penamaan calon Nizar di Taiping tahun 2009.

Selepas selesai pengumunan calon jalan keluar menjadi sesak sehingga ke Bukit Beruntung. Kenderan terus bersesak-sesak sepanjang simpang masuk ke NKVE dari arah Utara sehinggalah ke Kelana Jaya.

Dalam ribuan kenderaan yang sempat dipintas, jumlah yang mengibarkan bendera Pas, Dap dan Pkr tidaklah banyak. tak mencecah 50 buah pun. Ini menggambarkan sokongan untuk Anwar sudah semakin kurang. Lalat hijau pun tidak banyak lagi. Mungkin dah kena racun agaknya,

Esok atau lusa ada kejutan menarik mengenai Zaid Ibrahim.....Tunggguuu