Sabtu, 17 April 2010

RUMAH ALLAH ATAU RUMAH TUMPANGAN HAMPAS

PRK datang lagi. Sejak PRU 12 dan PRK yang telah diadakan dibeberapa bahagian DUN dan MP rombongan Pas dari hulu banat mana pun tak tahu telah menjadikan masjid, surau dan dewan orang ramai sebagai hotel atau rumah tumpangan mereka. Bawa anak bini , pasang khemah, buat tempat masak dan lebih senang cakap buat macam rumah bapa depa.

Tadi tidak jauh dari Kuala Kubu Baru sekumpulan puak-puak lalat hijau telah berkampung di dewan orang ramai milik JKKK yang telah diasas dan dibangunkan oleh BN.

Zaman Selangor di perintah oleh BN tak ada pun orang BN buat kerja haprak macam tu. Di PRK P59 Bukit Gantang pun keadaaan yang sama berlaku. Semua masjid dan surau yang dikuasai oleh jawatankuasa orang Pas akan menjadikan rumah Allah sebagai hotel mereka dan yang lebih mengaibkan mereka melarang orang BN datang untuk bersolat, macam lah duit orang Pas yang bina masjid tersebut.
Posted by Picasa

13 ulasan:

  1. Saya bukan lah pandai... tapi saya ada sedikit pengetahuan tentang apa yang saudara katakan. Untuk makluman saudara, antara sedar atau tidak sedar, saudara tidak sahaja menghina mereka yang tidur di masjid sekarang, malah saudara juga telah menghina para sahabat zaman Baginda Rasullah S.A.W.

    Untuk makluman saudara TM, Baginda Rasullah S.A.W. pernah melihat para sahabat tidur di dalam masjid, baginda tidak melarangnya. Ramai para abid di zaman Rasullah S.A.W., tinggal di dalam masjid termasuklah Abu Hurairah.... itu jugalah hotel penginapan yang anda katakan.

    Untuk makluman saudara TM, umat Islam yang memasuki masjid dengan niat beriktikaf, setiap perbuatannya di dalam masjid itu dikira ibadat dan mendapat pahala.... ini termasuklah tidur...

    Ustaz saudara barang kali tidak memberikan panduan kapada anda tentang perkara ini? Jika tidak mari sini saya nak beritahu.... apabila anda hendak masuk ke dalam masjid dengan pakaian bersih (tanpa najis), ambil wuduk, dahulukan kaki kanan, niat berikhtikaf di dalam masjid, kemudian dirikan solat sunat memasuki masjid dua rakaat (lakukan walaupun di dalam waktu haram). Kemudian buatlah apa yang saudara nak buat.... asalkan bukan perkara berdosa.... setiap perbuatan saudara akan dikira ibadah.... walaupun saudara tidur di dalam masjid, sehinggalah saudara melangkah keluar dari masjid dengan kaki kiri.

    Jika segan nak bertanya ustaz, rajin-rajinlah menelaah buku agama, rencana agama dan sebagainya... jangan pandang semua isu agama adalah berkaitan dengan PAS yang anda kata lalat hijau.... harap anda mendapat hidayat dan pengetahuan atas perkara ini.

    Untuk makluman.... jika tidur di dalam masjid adalah berdosa.... sudah pasti terdapat larangannya di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.... jadi berhati-hatilah apabila berkata atau mengutarakan buah fikiran.... bimbang menjejaskan akidah.... jadi beristigfarlah banyak-banyak kepada Allah.

    Dan.... Apa yang saya perhatikan gambar yang ditunjukkan, lelaki itu tidak membuka auratnya. Saudara tahukah di manakah aurat lelaki? Walau bagaimanapun diakui lebih baik jika dia tidak berpakaian begitu. Namun tahukah saudara semasa zaman Baginda Rasullah S.A.W., disebabkan kemiskinan ada sahabat yang memiliki pakaian yang amat singkat, sehingga apabila mereka rukuk dan sujud, maka aurat mereka terbuka.... disebabkan itu jugalah maka disunatkan kepada jemaah wanita untuk bangun dari rukuk dan sujud lebih lambat dari jemaah lelaki.

    BalasPadam
  2. bodo piang tul hang ni,yg ni punn nak jdkan isu..jahil murakab tul...

    BalasPadam
  3. memang awak tak pandai sebab tu awak copy apa yang nik aziz cakap. Tidur dlam masjid ikut nabi. hina orang dalam masjid pun mesti ikut nabi juga lah.....mukadimmah bukan main selawat sebut nama nabi lepas tu lupa diri dan hilang ingatan. bagai manusia di rajuk setan. Nik aziz kata nabi muhammad sama macam budak2 kampung di kelantan. bagus lah. mana punya mazhad dia belajar? buat perarakan maulud nabi kata bidaah. buat perarakan usung bendera kapir hapir sunat juga kah,,,,porah,,,,tok guru celup sama taraf tok guru ikan kepala besar

    BalasPadam
  4. Sedara anon 2010 apr 17 21:28,

    tak ada silap tidur di masjid seperti musafir. Cuma yang tak berakal atau beradab saja yang menyalah guna masjid. Kalau dah tahap macam ni sehingga mendominasi masjid hanya untuk PAS, apa kata penduduk tempatan yang tidak menyokong PAS. Mereka pun ada hak untuk bersolat di masjid. Tentu mereka berasa kekok jika ke masjid tapi dikerumuni penyokong PAS.

    Sebaiknya masjid tidak dijadikan markas parti politik.
    Bukan orang PAS sahaja yang Islam. Orang umno pun Islam .

    adakah Masjid hanya eksklusif kepada PAS?? Itu isu disini. Jangan banding pada zaman Nabi. Zaman tu tak ada parti-parti politik.

    BalasPadam
  5. Zaman nabi mereka berdawah dan bersembahayang didalam masjid buat kerja ibadah.Tapi org pas datang untuk berkempin,datang dari luar surau/masjid dijadikan Hotel lihat gambar tidur macam org kepenatan ada yg pakai tawal.Mereka akan berkampung selama 1 minggu keluar masuk kerana berkimpin jadi jangan nak samakan zaman nabi dgn HamPAS yg merosakan umat islam

    BalasPadam
  6. Setahu saya kalau nak beriktikaf tak lah sampai bermandi manda di sana.Mestilah ada doa beriftikaf. Tapi yang ini doa untuk menjimat duit kerana urusan parti bukan kerana Islam. Iftikaf memerlukan kita menumpuk kepada masjid bukan kepada pilihanraya.Jadi saya fikir, mereka ini bukan tujuan apa yg x ada nama sebutkan. memang tujuan untuk menginap di sini dan melarang umat islam yg tidak sealiran dengan mereka untuk mengunjungi masjid sebagai tempat beribadat. tengok aje bendera PKR melambak2 di masjid KKB.

    BalasPadam
  7. golongan lalat ijau datamg mesjid sebulan sekali macam orang kristian.cuba tengok lalat2 ni ada ke jemaah masa sembahyang wajib 5 waktu..mesjid jadi tempat tidur satu hal jadi transit untuk menyokong penogok arak satu hal..

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama 21:2818 April 2010 3:13 PG

    Untuk makluman saudara TM, demi Allah, saya tidak copy dari apa yang Nik Aziz cakap, dan saya tidak tahupun Nik Aziz ada bercakap demikian. Apa yang saya tulis di atas adalah dari pembacaan saya melalui hadis-hadis dan kisah-kisah Baginda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh para sahabat. Jika benar Nik Aziz ada berkata tentang tidur di masjid ini bermakna beliau berkata benar, kerana itulah yang saya dapat melalui pembacaan yang pernah saya lakukan.

    Tentang hina orang dalam masjid, jika anda benar-benar menghayati apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, memang banyak hinaan yang dilontarkan oleh Allah dan Rasullah S.A.W. kepada mereka-mereka yang kufur dari agama Islam; sama ada orang Islam mahupun bukan Islam. Jika anda kata Rasullah tidak mengenakan hinaan kepada orang-orang Islam yang engkar, anda silap... jika anda mengenali Saklabah, anda akan mengetahui bahawa Rasullah S.A.W. menghina Saklabah dengan tidak menerima zakat, sehingga baginda wafat dan diteruskan oleh khalifah-khalifah yang lain akibat keangkuhan Saklabah kerana kekayaannya. Jika anda mengenali Kaab bin Al Asyraf (Yahudi), anda akan mengetahui bahawa baginda Rasullah pernah mengarahkan 'assasination' terhadap Kaab kerana menghina Baginda dan ahli-ahli keluarga Baginda serta para sahabat dengan syair-syair.... saya tak tahulah jika saudara ada ketika zaman Baginda.... barang kali anda pun menerima nasib seperti Kaab.... untuk makluman saya selalu membaca artikel saudara... namun terus terang anda banyak memfitnah.... dan mengemukakan hujah tanpa bukti.... hentikanlah, sebelum Allah menghukum anda atas perbuatan anda ini.

    Berbalik kepada hinaan, Rasulullah juga pernah menghindari wajahnya dari bertembung dengan wajah orang-orang yang tidak turun berperang akibat menguruskan hasil tanaman.... adakah itu bukan penghinaan Rasulullah kepada para sahabat? Malah Baginda memulau mereka.... sehingga turun wahyu yang mengampunkan mereka? Jika saudara pernah baca kisah wanita bangsawan yang mencuri yang kemudiannya diminta orang memujuk Baginda Rasulullah agar dikecualikan hukuman tersebut, sehingga menerbitkan hadis berikut "Amma ba'du, sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu adalah bahwa mereka, apabila orang yang mulia mencuri di antara mereka, mereka membiarkannya. Apabila orang yang lemah mencuri pada mereka, mereka menegakkan hukum atasnya. Sesungguhnya aku, demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, jika sesungguhnya jika Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan potong tangannya." Muttafaqun 'alaih. Tidakkah itu hadis tersebut telah merakamkan penghinaan Baginda kepada orang yang bertindak berat sebelah dalam menjalankan hukum Allah? Apatah lagilah sekarang apabila pemimpin negara kita rata-rata menolak terus hukum Allah, adakah tidak wajar dihina di dalam masjid, sedangkan hadis tersebut telah merakamkan penghinaan Baginda kepada mereka yang berat sebelah dan berdolak dalih dalam melaksanakan hukuman yang ditetapkan Allah.

    Jangan disebabkan kebencian saudara kepada PAS, menutup saudara kepada pengetahuan Islam.

    Kadang-kadang saya fikir saudara ni benar-benar berbangsa Melayu? Takkan sebagai orang Melayu tidak faham sikap orang Melayu yang tidak membangga diri...dengan apa yang dimiliki... jadi takkanlah saya sebagai Melayu yang beradat nak mendabik dada mengakui bahawa saya di pandai. Oleh yang demikian.... bangsa Melayu anda, saya ragui.... anda mungkin bukan seorang Melayu.... anda DKK kah? Sebab DKK sahaja yang suka berdabik dada... konon dia pandai itu dan ini.

    Suka hatilah saudara TM nak siar atau tidak apa yang saya tulis ni.... teguran ini saya tujukan khusus untuk saudara sahaja.

    BalasPadam
  9. Laaa, nak jawab lagi??? puak lalat hijau mai bermastautin ini utuk tujuuan apa? ada majlis ilmu ka? ada qiamullail ka? kalau betui2 hangpa kata setuju dan boleh tiduq di masjid pasai apa masjid yg dikuasai oleh lalat hijau halau orang tabligh yg mai duduk dan berdakwah , halau tak bagi doduk kononnya kotor masjid. ini la perangai haprak lalat hijau

    BalasPadam
  10. Hanya Orang yang sayang Allah akan duduk di rumah Allah...
    tak tau la yang kat bangunan sebelah tu..semayang ke idak..

    BalasPadam
  11. tak nampakpun mereka beribadat ke,bermunajat, mengaji atau bsolat ke...apa2pun mereka akan gunakan hujah hdis/nas mereka untuk menghalalkan perbuatan mereka....mereka kt kalau menolak dan mempersenda hukum Allah kafir..sekarang dah Islam ke Zaid? ada dengar dia bertaubat dan sudah sedar kesilapan dahulu...

    BalasPadam
  12. Dari maklumat yang diperolehi, UMNO berasa sangat dengki dengan jumlah penyokong Pakatan Rakyat yang sanggup berkampung di masjid tersebut yang letaknya tidak berapa jauh dari markas besar BN. Kebanyakkan mereka terpaksa tidur di masjid memandangkan hotel-hotel di kawasan sekitar tidak mampu menawar perkhidmatan mereka yang mencapai tahap penuh.

    Lebih menyakitkan hati dan mengguris perasaan UMNO ialah sewaktu sembahyang subuh, apabila jumlah jemaah adalah menyamai jumlah jemaah sembahyang Jumaat setiap minggu. Jumlah jemaah sembahyang tersebut majoritinya adalah penyokong Pakatan Rakyat dengan beberapa kerat sahaja penyokong UMNO yang tahu bersembahyang.

    Secara kesimpulan UMNO yang sebangsa dengan TM amat iri hati kerana tidak mampu memujuk anggota sebangsanya yang datang untuk menyokong penamaan calon untuk tidur di masjid secara percuma. Ini kerana penyokong-penyokong BN memandang lekeh akan perbuatan tidur di masjid kerana tidak mempunyai kelengkapan seperti tilam batal dan katil, selain perlu menjaga adab di dalam masjid, ini memandangkan UMNO mana ada adab. Memandangkan UMNO itu adalah sekutu APCO, mana mungkin mereka suka akan masjid.... mana mungkin UMNO suka akan Islam.

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama silap kerana membandingkan Nabi Muhammad S.a.w dengan isu ini. Muhammad s.a.w adalah Nabi yang diutuskan meka baginda boleh memberi ceramah didalam masjid kerana apa yang di bawanye adalah hal2 ugama bukan politik. Nab kita di utuskan sebagai Rasul bukan sebagai ahli poltik maka apa yang di katakan oleh Nik Aiz adalah ajaran songsang yang tidak masuk akal dan menghina Nabi sebenarnya.
    Masjid adalah tempat beribadat dan perpaduan islam. Tidak kah si Tanpa tahu, orang BN dihalau keluar dari masjid Kuala Kubu bahru dan dilarang besolat. Bila kurang orang UMNO bersolat disalahkan mereka. Kalau dah dihalau siapa yang mahu sembahyang dengan berimam kan imam yang sesat dalam Islamnye.
    Tanpa nama berfikiran cetek maka digunakan alasan APCO.
    Jumaah subuh memanglah ramai pakat pembohongan sebab dah tidur kat situ. tak ke bodoh punyer alasan.

    BalasPadam