Utusan Malaysia Online - Jenayah
Jenayah ragut semakin menggila dan menakutkan. Dalam kejadian ragut dan rompak sehingga masuk ke laman rumah mangsa Puan Mary Rose satu-satu yang amat menarik untuk dinilai.
Apa yang menarik perhatian TM ialah kuasa ajaib atau will power yang ada dalam diri Mary Rose. Walaupun pada usia emas 63 tahun beliau bertindak seolah-olah gadis belasan tahun yang mampu meragas pagar yang lebih tinggi dari beliau.
Seorang rakan pernah menceritakan masa zaman persekolahan dahulu dia dikejar oleh orang gila dan menyebabkan dia berlari dan melompat pagar rumah yang tingginya 5 kaki lebih dengan berbaju kurung (pakaian sekolah). Itu lah kuasa luar biasa yang ada pada setiap manusia yang sesekali sahaja kita gunakan.