Sabtu, 10 April 2010

Utusan Malaysia Online - Politik

Utusan Malaysia Online - Politik

Dap Sibu tidak mampu bawa perubahan dan kemajuan di Sibu jika berjaya merampas kerusi BN dalam PRK ke 11 kali ini. Robert Lau telah memimpin parti SUPP setelah mengambil alih kepimpinan parti daripada Dr Wong Soon Khai. Dalam PRU 2008 BN berjaya menewaskan Dap dan Pkr . Dap sejak dahulu tidak pernah serik untuk menawan kerusi MP Sibu.

Setakat ini Dap hanya mempunyai 1 kerusi iaitu bandaraya Kuching. Sibu majoritinya ialah golongan Cina Foochow dan mereka mementingkan keselesaan dan kemudahan dalam perniagaan.

Orang foochow ialah suku kaum yang asalnya di panggil Cina Kebun. Mereka kebanyakannya adalah imigran dari Tanah Besar Cina daerah Foochow yang telah berhijrah secara besar-besaran sejak 100 tahun dahulu sehinggalah akhir 1950an. Setelah Sarawak menyertai Malaysia tidak ada lagi penghijrahkan sebegini.

Foochow telah berjaya menguasai ekonomi dalam segenap sektor di bumi Sarawak. Kaum peribumi seperti Iban, Melanau, Melayu dan lain-lain etnik kini merupakan golongan minoriti di daerah Sibu. Jika kita melancong ke Sana kita seolah-olah berada di sebuah negara China. Ini kerana banyak bangunan berunsur cina. Yang ini Najib kena betulkan. -bersambung