Sabtu, 22 Mei 2010

AL-ARQAM MUSNAH DAN PEREBUTAN KUASA BERLAKU

Rufaqa atau Ikhwan adalah nama lindungan yang mengaburi mata masyarakat daripada melabelkan mereka sebagai pertubuhan yang diharamkan. Semua orang tahu bahawa ajaran Abuya dan amalan Aurad Muhamadiah yang menjadi pegangan mereka adalah haram.

Abuya sendiri mengakui bahawa yaqazah yang disebutnya adalah karut sewaktu sidang media 1994 selepas ditahan oleh pihak berkuasa. Bagaimana pun itu di depan wartawan dan tv. Selepas itu dia buat balik. apa yang pengakuan dia dalam yaqazah? Abuya mengaku yang dia bertemu Nabi Muhammad secara sedar. Hebat ! macam ini pun jurutera-jurutera, cikgu-cikgu dan ustaz boleh percaya..

Sewaktu dalam tahanan di rumah ( Rawang dan Labuan) pun Abuya masih meneruskan amalam Aurad Muhamdiah. Pengikutnya menggunakan pelekat kereta bertulis "Tuhan Agung" jika tidak silap lah. Ramai yang beranggapan fahaman yang dibawa oleh Abuya sudah terhapus dan tidak lagi menjadi ancaman kepada masyarakat.

Bagaimanapun melalui temubual dan sembang-sembang dengan ahli-ahli Rufaqah sekitar awal penubuhannya sebelum terbentuknya Global Darul Ikhwan, TM dapat mengorek banyak rahsia mereka bahawa amalan Aurad Muhammadiah masih menjadi pegangan hidup dan bertambah-tambah amalan yang pelik-pelik. ( tak payah lah sebut kurafat)

13 Mei 2010 Abuya telah pun mati dan bermulalah episod baru dalam legasi nasab beliau. Perebutan harta pusaka yang bernilai jutaan ringgit oleh 34 anak dan isteri-isterinya. Yang pasti pengikut al-arqam akan melenting kerana harta yang ada sepatutnya dikongsi bersama oleh beribu-ribu pengikutnya.  Abuya bukannya dilahirkan kaya, apa yang ada hanyalah idea dan air liur saja. Hatijah Aam merupakan isteri kedua  Abuya yang mempunyai pengaruh yang besar dalam gerakan kumpulan sesat ini. Semalam anak buahnya yang berada di Perlis mahukan kerajaan bertindak tegas terhadap kumpulan dan juga ibu saudaranya itu.
Mohd Fakhruddin dilaporkan mahu kerajaan bertindak tegas dengan menahan ibu saudaranya ditahan bagi "mengelak penyelewengan terus berleluasa".
Hatijah Aam mencetuskan kontroversi kononya Abuya tidak mati dan rohnya akan kembali untuk menjadi pemimpin umat akhir zaman.

Akhir kata , bukan senang nak membetulkan aqidah pengikut al-arqam. sebab berpuluh-puluh tahun mereka selesa dengan apa yang diajarkan oleh boss mereka.  Lagi pula trend Abuya iala mencari cerdik pandai yang kurang asas agama. jadi apabila bertemu Abuya atau orang-orang kanan dan kirinya maka mereka menerima bulat-bulat tanpa tapisan dan tanpa memikir atau membandingkan dengan kitab-kitab atau fahaman-fahaman dan ilmuan Islam yang muktabar.

Kerajaan juga perlu merampas buku aurad muhamadiah, bukan saja merampas buku tetapi merampas plet percetakan kerana buku tersebut masih diedarkan dalam kalangan mereka. tak tahulah samada stok lama atau dicetak baru. sebab masa tengok buku tu tak fokus atau tak lihat tahun cetakannya.