Khamis, 13 Mei 2010
BERAKHIRNYA SEBUAH LAGENDA IMAM MAHDI
POH, 13 Mei (Bernama) -- Ashaari Muhammad, 73, bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang diharamkan, meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh di sini Khamis, tiga hari selepas dimasukkan kerana jangkitan paru-paru.
Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di sini dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.
Seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein, 57, berkata jenazah Ashaari yang dipanggil Abuya oleh para pengikutnya telah dibawa ke kampung asalnya di Kampung Pilin, Rembau, untuk dikebumikan.
Katanya, Ashaari berada di sini selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lepas selepas mengadu sakit dada.
Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang.
"Ini siri lawatan biasanya ke rangkaian perniagaan Global Ikhwan," kata Marzuki kepada pemberita selepas jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di sebuah banglo milik syarikat itu di sini.
Rombongan yang membawa jenazah Allahyarham ke Rembau berlepas dari rumah berkenaan pada kira-kira 5.30 petang.
Kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan. Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos