Khamis, 13 Mei 2010

ZULKIFLI SEDIH PAS SEKONGKOL DENGAN DAP;

KUALA LUMPUR 12 Mei - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli
Noordin sedih dengan sikap Pas yang sanggup bersekongkol dengan DAP
untuk terus mempermainkan isu kalimah Allah sewaktu kempen Pilihan Raya
Kecil Parlimen Sibu walaupun larangan mengenainya telah dikeluarkan oleh
pihak berkuasa.
Menurut Zulkifli, beliau sedih kerana Pas yang dahulunya terkenal
jelas memperjuangkan Islam dan menjadi harapan sebahagian orang Melayu
untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan negara Islam, sanggup
bersekongkol dengan DAP melibatkan perkara seperti itu.
"Sudahlah semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor calon yang
pernah mempertikaikan pelaksanaan enakmen hudud, qisas dan takzir
diberi sokongan penuh oleh kepimpinan Pas.
"Persoalannya, apa hendak jadi dengan Pas? Saya menyeru kepada ahli
Pas di peringkat akar umbi, pendakwah dan pejuang Islam, ulama dan
ilmuwan yang masih bersama Pas, marilah selamatkan Pas daripada terus
hanyut dalam buaian mimpi yang akan menghancurkan parti itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam entri terbaru blognya bertajuk "DAP
Laknatullah" di http://zul4kulim.blogspot.com.