Ahad, 23 Mei 2010

GURU BERLESEN

YB Puad Zakarshi telah menyuarakan supaya guru-guru yang ada di negara ini dilesenkan supaya lebih profesional. Hari ini guru yang sudah berusaha ke araha itu ialah guru bimbingan dan kaunseling. Manakala guru-guru lain belum ada usul dan cadangan.

Melesenkan guru-guru adalah baik jika dikaji secara teliti. Untuk mendapat lesen seorang guru perlulah lulus beberapa ujian, mungkin ujian kesihatan, ujian psikologi , ujian kecergasan dan pelbagai lagi ujian. Guru yang gagal dalam ujian dengan sendirinya gagal untuk mendapat lesen atau memperbaharuinya. Ini bermakna mereka tidak boleh mengajar atau menjalankan tugas disekolah seperti yang telah diamanahkan.

Kebanyakan guru dalam kementerian di bawah KPM adalah yang menerima gaji bulanan tetap dan berpencen. Hari ini ada yang telah memilih skim EPF tanpa pencen. Jika seseorang guru gagal memperbaharuan lesennya bagaimana pula dengan tugas yang terpikul olehnya dan bagaimana dengan gaji bulanannya.

Terima atau ditangguhkan ataupun ditamatkan. Jika ditamatkan bagaimana pula dengan kehidupan hariannya. Terlalu banyak persoalan yang perlu dikupas dan dijawab sebelum guru dilesenkan.  Jika dilesenkan seperti lesen memandu, maka tidak ada sebarang ujian dan pemeriksaan untuk memperbaharui lesen.

Seorang individu boleh renew 5 tahun sekali dan dia akan terselamat dari sebarang ujian dan acid test. Seterusnya bagaimana pula dengan bayaran memperbaharui lesen, RM 20 setahun, RM50 setahun atau RM 200 setahun.

Bagaimana pula dengan unsur rasuah. Akan ada yang menyogok pegawai perlesenan untuk mendapatkan lesen,yang malas tak minat nak performe lagi akan menggagal ujian agar tidak direnew lesen. Bagaiman pula keadaan mereka ini. Nak tempatkan mereka di mana? PPD, JPN atau KPM?