Tahun 2008 isu sebegini pernag timbul di mana seorang pelajar lepas SPM dari Ipoh yang memohon bidang perubatan gagal masuk ke IPTA. Lalu beritanya kegagalannya dihebahkan dalam surat khabar dan mendapat campur tangan DS Sammy Vellu.
Tahun ini timbul lagi isu seperti ini. Paling menyedihkan pelajar dan keluarganya telah menggunakan saluran Hindraf untuk mengkritik dan mencela kerajaan kerana kegagalannya
Seorang pelajar yang memohon masuk ke universiti secara permohonan melalui UPU diberi peluang untuk mengisi 8 pilihan dan setiap pilihan hendaklah merujuk kepada setiapa keputusan dalam mata pelajaran. Jika gagal mematuhi arahan yang ditetapkan makan permohonan akan terbatal secara otomatik.
Contohnya seorang calon mendapat B dalam matapelajaran Bahasa Inggeris tetapi mengisi ruang untuk mengikuti jurusan Perundangan , sedangkan dalam pra-syarat telah tertulis bahawa untuk kursus tersebut ia memerlukan calon yang mendapat A sahaja. Oleh itu permohonan kursus itu terbatal dengan sendirinya. Jika kesemua 8 pilihan tidak diisi dengan teliti maka semua ke 8 permohonan akan terbatal dan gagal.
Selain daripada pra-syarat banyak lagi alasan yang menyebabkan kegagalan kemasukan ke IPTA. Apa yang ditunjukkan dalam video ini menampakkan keluarga ini sangat rebellian. Entah apa rekod buruknya sewaktu persekolahannya.
Masuk ke IPTA ini bukan urusan kita, kalau gagal boleh buat rayuan atau permohonan kali kedua, mungkin permohonan pertama banyak kesilapan dilakukan sewaktu mengisi borang secara online. Bukan begini caranya untuk melahirkan rasa marah.
Diluar sana banyak lagi kes kegagalan masuk ke IPTA, ramai Melayu yang gagal tetapi tak lah sebising haprak keluarga ini. Pelajar yang gagal ini pun menunjukkan sifat kurang ajar, sama dengan emak bapak dia,,,
Pernah satu ketika dahulu seorang pelajar Tamil yang mendapat keputusan SPM yang baik tetapi enggan memohon masuk ke IPTA kerana takut permohonannya gagal. Calon itu berminat dengan jurusan perubatan , jika mohon melalu UPU kemungkinan besar gagal . oleh itu dia memohon masuk ke universiti di Russia dalam bidang perubatan dan perbelanjaan semua ditanggung oleh badan yang menjaga hal ehwal orang India . DS Samy Vellu tahu tentang perkara ini.
TM yakin keluarga pelajar ini adalah bukan ahli MIC dan mungkin penyokong kuat Hindraf dan mungkin dari keluarga parti pembangkang. Elok lah tuuu... Kalau dapat masuk IPTA buat menyusahkan orang saja.