Khamis, 6 Mei 2010

LGE YANG TIDAK DEMOKRATIK

Tamparan Ke Atas Demokrasi

Demokrasi Dewan Undangan telah undur atas pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng, termasuk mengurangkan tempat khas pemberita, menghadkan kemasukan orang ramai, tidak membenarkan memorandum dihantarserahkan, tidak membenarkan sidang pemberita dijalankan, tidak ingin berdepan dengan rakyat, mengurangkan hari bersidang dan menghalaukan keluar pemimpin pembangkang secara kasar.

Tamparan Ke Atas Demokrasi Oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat

Sebelum 8hb Mac 2008, DAP yang merupakan parti pembangkang pada masa itu senantiasa mengkritik Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Barisan Nasional tidak menghormati prinsip dan semangat demokrasi.

Apa yang dapat dilihat kita semua pada hari ini ialah DAP yang kini merupakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukan sahaja tidak memberikan ruang yang lebih luas untuk amalan dan perkembangan demokrasi yang lebih liberal tetapi telah mengongkong amalan demokrasi yang dilaung-laungkan oleh mereka.

Jelas sekali, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang kini berkuasa telah sengaja lupakan maksud DEMOKRASI.


Sdra Goh Kheng Sneah diberi amaran oleh pengawai keselamatan bahawa sidang media adalah tidak dibenarkan di perkarangan DUN.

Bukti 1

Semasa Mesyuarat DUN, Lim Guan Eng dengan sengajanya kurangkan tempat duduk yang khas disediakan untuk para pemberita dengan menambahkan tempat duduk untuk rakan-rakan Pakatan Rakyatnya dari negeri-negeri lain.

Tindakan Lim Guan Eng ini bukan sahaja telah menyusahkan para pemberita yang menjalankan tugas rasmi mereka semasa Mesyuarat DUN tetapi juga membelakangkan hak rakyat untuk dapatkan informasi.


Wakil dari satu kilang elektronik ingin bertemu dengan Lim Guan Eng tetapi telah dihalau oleh pembantu khas Lim Guan Eng dengan memberi arahan kepada polis.

Bukti 2

Bangunan DUN sebenarnya merupakan satu tempat yang mulia dan rakyat jelata seharusnya berhak untuk melawati perkarangan DUN terutamanya untuk bertemu dengan wakil-wakil rakyat dan meminta pertolongan dan bantuan daripada mereka.

Walau bagaimanapun, setelah Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri, sesiapa yang ingin memasuki perkarangan bangunan DUN dikehendaki untuk mendapatkan satu pas kebenaran. Selain daripada itu, mereka yang ingin menyaksikan perbahasan dan perjalanan mesyuarat DUN, satu lagi kad kebenaran diwajibkan.

Tindakan sedemikian seakan-akan tidak mengalu-alukan kedatangan rakyat jelata dan hakikatnya ialah perbuatan Lim Guan Eng telah bercanggah dengan prinsip bahawa rakyat adalah taukeh yang sebenarnya.


Surat perkeliling dari Tuan Speaker DUN yang menyatakan ahli-ahli politik adalah dihalang untuk mengadakan sidang media di perkarangan DUN.

Bukti 3

Sebelum 308, parti-parti pembangkang dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhak untuk pergi ke DUN untuk menyampaikan memorandum kepada Kerajaan Negeri Barisan Nasional pada masa itu.

Walau bagaimanapun, setelah Lim Guan Eng menerajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang, orang awam yang ingin menghantar memorandum kepada Lim Guan Eng telah dihalang oleh setiausaha dan pembantu-pembantunya dan tidak dibenarkan masuk ke perkarangan bangunan DUN.

Bukti 4

Semasa Barisan Nasional menerajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang, rakyat jelata berhak dan berkebebasan untuk mengadakan sidang media di perkarangan bangunan DUN untuk mengkritik kerajaan atau terus berbincang dengan wakil rakyat mereka.

Tetapi, setelah Lim Guan Eng menjadi Ketua Kerajaan Negeri Pulau Pinang, buat julung kalinya wujudnya surat pekeliling yang tidak membenarkan sidang media kecuali dengan syarat-syarat yang tidak munasabah.


Dua kumpulan penghuni Kampung Buah Pala, satu begitu bertuah dan satu lagi tidak dapat bertemu dengan Lim Guan Eng.

Bukti 5

Hakikat telah membuktikan, dalam pemikiran Lim Guan Eng, rakyat adalah tidak sama rata. Lim Guan Eng dengan alasan yang beliau terlalu sibuk sehingga tidak dapat luangkan masa untuk bertemu dengan penghuni-penghuni Kampung Buah Pala tetapi dapat berbuat demikian untuk berjumpa dengan satu kumpulan penghuni Kampung Buah Pala pilihan beliau.

Walaupun dikatakan begitu sibuk sekali, Lim Guan Eng dapat meluangkan masa untuk meraihkan Hari Jadi YB Phee Boon Poh di DUN.

Bukti 6

Sebelum ini, DAP sering kali mengkritik Kerajaan Negeri Pulau Pinang Barisan Nasional kerana jumlah hari mesyuarat DUN yang terlalu pendek.
Malang sekali, setelah DAP menerajui Kerajaan Negeri, jumlah hari mesyuarat DUN didapati lebih pendek daripada sebelum ini. Di mana, masing-masing hanya 17 hari dan 19 hari untuk mesyuarat penggal pertama dan kedua.

Yang lebih mengecewakan ialah, mesyuarat DUN yang baru-baru ini hanya memakan masa 5 hari sahaja untuk meluluskan belanjawan negeri dan enakmen peruntukan.


Lim Guan Eng tidak melayan rakyat yang ingin berjumpa dengan beliau dengan alasan yang beliau sibuk tetapi mempunyai masa lapang unutk meraihkan hari jadi untuk rakan beliau.

Bukti 7

Dengan majority yang ada pada Kerajaan Negeri di DUN, Lim Guan Eng dan rakan-rakan beliau dengan sesuka hatinya menghalang Ketua Pembangkang dari menghadiri persidangan DUN dengan alasan yang tidak kukuh.

Artikel ini telah diterbit dan diedarkan melalui BULETIN GERAKAN4U JAN 2010/BIL.1

by Meja Pengarang
Buletin Gerakan4u