Jumaat, 28 Mei 2010

MIC : KERANA NILA SETITIK

Tidak dapat dinafikan MIC merupakan salah satu daripada 3 component penting dalam Perikatan yang bersatu hati dalam pembentukan sebuah negara yang bernama Persekutuan Tanah Melayu dan sama-sama membantu kerajaan dalam memerdekakan negara.

Nampaknya sejak merdeka, Mic merupakan sebuah parti yang tidak banyak memberikan masalah kepada Perikatan dan juga Barisan Nasional.

Berbanding dengan komponen BN yang lain ada yang lebih teruk lagi. PBS di Sabah pernah menikam belakang BN dan mengisytiharkan keluar dari BN pada saat-saat genting sebelum pilihanraya negeri 1990 untuk bersama Gagasan Rakyat pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Untuk pengetahuan anak-anak muda, Tun Ghafar Baba telah membawa masuk Umno ke Sabah berikutkan isu tikam belakang Joseph Pairin Kitingan. Ada hikmah disebalik peristiwa tersebut.

Isu selesai dalam beberapa tahun kemudian melalui (RTO) dan ramai adun keluar meninggalkan kabinet PBS seperti yang berlaku di Perak.

MCA di bawah Lee Kim Sai pernah mencetuskan isu ketuanan Melayu dan mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru yang mahukan 30 % penyertaan ekuiti bumiputra. Lee Kim Sai menyalah DEB sebagai punca kejatuhan ekonomi dan punca orang Cina tidak menyokong MCA.  Peristiwa perhimpunan melayu di stadium TPCA bagi membantah tindakan MCA telah menyebabkan Najib nyaris di tahan di bawah ISA. Isu selepas dengan Lee Kim Sai mengundurkan diri.

Kini masalah komponen BN berlaku lagi dalam MIC. Harus diingat masalah dalam MIC bukan masalah akar umbi, tetapi masalah pucuk pimpinan yang mahu mengekalkan kuasa. Samy Vellu seperti mahu membentuk satu dinasti dalam MIC.

Vell Parri tiba-tiba muncul sebagai pendekar kepada Samy Vellu yang mahu mengekalkan kedudukan ayahnya sebagai presiden parti. Siapa Vell Parri dalam MIC jika bukan anak Samy? Mungkin dia juga seorang konduktor bas seperti ayahnya dahulu.

Vell Parri adalah anak yang dilahirkan dan dibesarkan dalam dulang emas, dan tidak tahu apa-apa tentang sejarah perjuangan orang India di peringkat akar umbi. Kaum India menolak kepimpinan Samy dengan menyertai Pkr dan juga Hindraf.

Siapa Vell Parri untuk menentukan kedudukan MIC dalam Barisan Nasional. Orang India di Malaysia sanggup mengangkat Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang bukan kerana mereka menyokong Samy Vellu tetapi kerana sayangkan BN dan melupakan segala isu dalaman parti. Begitu juga halnya dengan Hulu Selangor, India menyokong Kamalanathan bukan kerana MIC tetapi kerana dia mewakili BN.

MIC tidak boleh keluar dari BN itu muktamad, sama seperti lirik lagu Hotel California , hanya yang boleh keluar ialah Sammy Vellu dan anak beranaknya. BUKAN MIC.

You can check out any time you like but you can never leave"
Samy Vellu dan Vell Parri, hayati bait lagu di atas.

Rumusan yang terbaik dalam menyelesaikan isu MIC ialah..........................................?????