PKR diibaratkan sebuah keretapi yang rosak teruk dan sedang bergerak laju menuruni cerun. Enjin lokomotif gagal dikawal dan brek juga gagal berfungsi. Di hadapan terdapat selekoh tajam dan lokomotif dikehendaki mengurangkan kelajuan untuk mengelakkan daripada terhumban ke dalam gaung.
Oleh kerana risikonya amat tinggi ramai penumpang telah terjun awal-awal untuk menyelamatkan diri. Yang tinggal dalam gerabak hanyalah mereka yang masih percaya bahawa keretapi akan selamat tiba di stesen berikutnya. Mereka ini adalah dari golongan yang bodoh piang, bodoh tak dapat diajar, bodoh yang sukar dilenturkan hati-hati mereka yang keras membatu. Agaknya bila sudah terhantuk dan luka, bengkak dan patah riuk barulah mereka sedar diri.
Pemimpin Pkr yang berada di koc Vip belakang sedang berkira-kira untuk menanggalkan penyambung gerabak agar koc mereka tidak terhumban ke dalam gaung. Kata peminpin Pkr " Biarlah kita selamat dahulu , depa didepan balaci dan gurkha nak mampus biaq pi lah, kita boleh rekrut yang baru" Lokomotif ni nak musnah , musnah lah yang penting kita anak beranak selamat.
Lalu terlintas difikirannya untuk memanggil kepala komunis/ dajal untuk menyelamatkan mereka yang dalam bahaya. Helikopter diperlukan bagi tujuan menyelamat. Setelah segala perjanjian dan syarat-syarat dipersetujui oleh dua pihak , maka sampailah helekopter dan menyelamatkan mereka.
Tiba di camp base satu perjanjian bertulis dibuat untuk merealisasikan apa yang dirundingkan. Maka terbentuklah sebuah parti baru bernama Parti Demokratik Sosialis Albontoti Rakyat Malaysia. keh keh keh keh,,,,,