Sabtu, 22 Mei 2010

PARTI PAS KENCING DERAS

Selangor dicabar tutup 4,500 pusat judi - Khir Toyo

KUALA LUMPUR 21 Mei - Kerajaan negeri Selangor dicabar menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut di seluruh negeri itu sekiranya benar-benar berhasrat untuk menghapuskan kegiatan tersebut.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, cubaan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mensensasikan isu berhubung pemberian lesen judi berkenaan menunjukkan sikap 'double standard' mereka.

"Ini permainan politik yang cuba dilakukan mereka dengan mencari pautan baru dan membangkitkan emosi rakyat. Jika mereka jujur saya cabar mereka untuk lakukan demonstrasi di Sekinchan.

"Tidak payah jauh-jauh. Pergi Sekinchan sahaja, di Jalan Tengah. Di Sekinchan sendiri sekarang sudah ada tiga pusat judi dan lima rumah urut. Di sana kita boleh lihat bukan hanya bukan Melayu tetapi orang Melayu sendiri turut berjudi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, walaupun kerajaan Persekutuan telah meluluskan pemberian lesen judi, namun operasi setiap premis judi itu bergantung kepada kelulusan kerajaan negeri.

"Sedangkan untuk membina gerai nasi lemak pun perlukan kelulusan kerajaan negeri apatah lagi pusat judi. Kerajaan Pusat memang beri lesen tetapi keputusan untuk membenarkan operasi terletak di tangan kerajaan negeri.

"Jika mereka benar-benar berani dan tegas, kita cabar mereka untuk tutup 4,500 rumah judi dan pusat urut yang terdapat di Selangor. Jangan tahu menghentam sahaja," katanya.

Dalam pada itu Khir berkata, sikap Pas dan PKR itu menunjukkan parti-parti tersebut sebenarnya hanya menjadi kuda tunggangan DAP.

"Sudah jelas yang mereka hanya dipergunakan oleh DAP kerana di belakang operasi premis-premis tersebut sebenarnya ada samseng-samseng di bawah lindungan DAP.

"Benda ini dah terlalu lama, penduduk Selangor pun sudah jelak dengan sikap mereka. Maka kerana itu, mereka tiada hak untuk mensensasikan isu tersebut," katanya.