Sabtu, 22 Mei 2010

MAHARAJA SAMY VELLU MENANTI TEMPAYAN EMAS

V.Mugillan telah dipecat dari Mic. Setelah dipecat, nama yang disebut-sebut sebagai calon Mic Hulu Selangor telah diancam untuk dipecat jika Perdana Menteri mencalonkan nama beliau.  Kesabaran Mugillan nampaknya sampai ke kemuncak kerana Maharaja Samy Vellu masih mahu mengekalkan jawatan untuk setahun dua lagi.

Sebelum ini Maharaja Samy Vellu telah pun berjanji akan melepaskan jawatan presiden parti sekiranya Mic menang di Hulu Selangor. Itu janji yang dibuat oleh Maharaja. Satu Malaysia sudah tahu sebab disiarkan secara langsung melalui berita nasional jam 8.00 malam.

Sekarang hampir sebulan PRK Hulu Selangor berlalu dan beliau masih belum melepaskan jawatan. Mana tak Mugillan naik angin. "Manusia dipegang kepada janji , kerbau dipegang kepada talinya" begitulah kata-kata Karam Singh tv3 jika mengulas dalam stand upper news.

Mugillan ada asas untuk berperang dan membelasah Maharaja Samy Vellu kerana telah dipecat tanpa merujuk kepada jawatan kuasa atau keputusan majoriti majlis tertinggi Mic, adakah ia dirujuk atau tidak?

TM merasakan bahaya Maharaja Samy Vellu masih mengharapkan rombakan kabinet kedua untuk membolehkan beliau diangkat sebagai senator dan bergelar menteri.  Dahulu sewaktu peralihan kuasa daripada Pak Lah kepada Najib, beliau mengharapkan Najib melantiknya , rupa-rupanya tidak.

Jika tidak mengharapkan jawatan kali ke dua kemungkinan beliau menunggu tempayan emas yang sarat dengan harta karun untuk melunaskan apa-apa tunggakan yang masih belum selesai, seperti Maica Holding dan sebagainya.  Tak mengapalah Mugillan, bersabar saja lah, Maharaja bukan boleh tongkat langit pun. Rumah sudah kata pergi, kubur sudah kata mari. Bagaimanapun keberanian Mugillan menentang Maharaja amat disokong oleh akar umbi Mic.

Jangan lah mengambil peluang lagi untuk berada dalam Parti kerana ia kan menyentuh dan mengguris hati BN....sama lah macam Mca..Chua Soi Lek....dah sah tertangkap dalam skandal di hotel masih nak mempertahankan hak.....mentang-mentang PM kita diam tak bermakna dia suka.....Kalau zaman Tun M dulu, orang macam Sammy atau Chua ni by hook or by crook ...out u gooo....