Sabtu, 1 Mei 2010

PEMUDA BN PERAK PERLU BERTINDAK SEGERA TERHADAP NIZAR

Sewaktu PRK di Kalumpang ,Hulu Selangor, YB Nizar Jamaluddin Adun N51 Pasir Panjang dan juga MP P59 Bukit Gantang telah berucap dalam ceramahnya yang berbaur perkauman dan seolah-olah ingin mencetuskan api perbalahan kaum dan boleh menimbulkan suasana huru hara dalam negara.

Ini bertentangan dengan Konsep 1 Malaysia yang dibuat oleh DS Najib. Dengan ucapan dan tuduhan Nizar ia sama sekali telah menggagalkan usaha murni kerajaan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum dalam negara.

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah lama berlalu dan ia menjadi titik hitam dalam sejarah tanah air. Begitu juga dengan peritiwa Najib naik angin di stadium TPCA adalah gara-gara tindakan nakal Lee Kim Sai ketika itu seolah-olah ingin menguji kata orang jawa "nak sudi" kekuatan melayu.

Akhirnya Mca dan Umno telah berdamai dan Lee Kim Sai telah out dari Mca. So perkara sedemikian rupa sudah selesai dan tak perlu dibangkitkan lagi.

Kini Dap memainkan isu-isu perkauman dalam agenda politiknya sebelum PRU 12 dan hasil gerakan secara senyap atau underground telah berjaya mempengaruhi orang Cina supaya membenci kerajaan BN dan menyokong Dap kononnya demi political survival bangsa cina di negara ini. Lee Kim Sai telah lari ke Australia ketika peritiwa perhimpunan TPCA.

TM yakin Nizar telah diarahkan oleh Anwar ataupun Lim anak beranak untuk membangkitkan isu ini. Lim anak berada tersenyum melihat kebodohan Nizar yang menerima cabaran mereka.

Oleh itu TM mencadangkan kepada Umno Perak dan barisan pemuda BN Perak agar segera membuat laporan polis terhadap kenyataan Nizar dan sisat dalang disebalik kenyataan tersebut

Jika perlu Nizar, Lim anak beranak dan Anwar sekeluarga perlu diISAkan kerana boleh menganggu keselamatan negara.