Selasa, 1 Jun 2010

BANGSAWAN DI UDARA OLEH KHALID GAGAP

Selepas lawak bodooo oleh mak cik down syndrome, kini giliran Khalid Gagap pula, Cadangan tu bagus tapi siapa yang akan menilai tahap intergriti mereka? Siapa yang yang nak tulis dan isi borang penilaian? 

Jangan jadi pemilihan JKKK sudah lah. Kononnya ada pilahan raya peringkat bawah dalam memilih JKKK tetapi apa yang berlaku hanya PEMBOHONGAN semata-mata. Bukan semua orang dijemput untuk membuang undi. Mereka hanya jemput ahli-ahli Pas, Pkr dan Dap sahaja. Tambahan pula pemilihan JKKK dibuat dan diuruskan oleh mereka sendiri. Bukan dari pihak lain seperti SPR. 
Projek ini pun akan jadi macam tu lah juga,,,,,,


Selangor Umum Laksana Indeks Integriti Pakatan PAS-DAP-PKR
KOTA BAHARU, 30 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan akan melaksanakan cadangan mewujudkan indeks integriti bagi kerajaan bawah pakatan PAS-DAP-PKR dalam usaha mengekalkan pentadbiran bersih untuk rakyat.

Katanya Indeks Integriti Urus Tadbir Kerajaan Negeri Pakatan PAS-DAP-PKR itu akan diluluskan Rabu ini.

"Indeks itu merupakan satu hala tuju dan cara untuk mencapai pentadbiran bersih untuk rakyat," katanya ketika perbahasan penggulungannya pada Kongres Nasional Keenam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berakhir di sini Ahad.

Dalam ucapan dasarnya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata laporan Ketua Audit Negara 2008 mengesahkan kerajaan negeri di bawah pemerintahan pakatan pembangkang itu mempunyai mempunyai rekod pentadbiran yang baik dan bersih.

Justeru itu, beliau mencadangkan kerajaan Selangor mengadakan Indeks Pentadbiran Baik setiap tahun, agar rakyat boleh menilai komitmen kepada pentadbiran yang cekap, telus dan amanah.