Selasa, 1 Jun 2010

LAWAK TERKINI DARI MAK CIK SINDROM DOWN

 Ammu Zuraida down syndrome dari Ampang sekali lagi buat lawak bodoo dalam konvensyen PKR di Kota Bharu. 
Ada hati nak jadi peneraju jadi peneraju Pakatan Rakyat. Lihat lah di Dewan Rakyat pun keanggotaan Pkr dah merudum. Ramai dah yang keluar parti.
Ingat senang nak dapat sokongan Pas dan Dap, kalau Dap menang banyak kerusi alamat jadi Perak lah sewaktu di perintah oleh Ngeh dan Nga.
Pada masa tu baru Mak Cik Down Syndrome benar-benar tungging buyung, menangis tak berlagu...


KOTA BAHARU, 30 Mei (Bernama) -- Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan parti itu seharusnya menjadi peneraju dalam pakatan DAP-PAS-PKR, kerana PKR mempunyai ideologi yang terbaik.

Ketuanya Zuraida Kamaruddin berkata PKR mempunyai kualiti yang diperlukan untuk menerajui pakatan pembangkang dan parti itu merupakan pilihan yang terbaik dalam pakatan tersebut.

"Senario politik sekarang terlalu tegang yang menyebabkan PKR perlu menerajui pakatan walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi parti kini.

"Kita perlu berbuat demikian untuk kembalikan semula kredibiliti parti kerana selepas ramai yang lompat parti, kita sudah kembali kuat," katanya ketika menggulung perbahasan pada Kongres Nasional Keenam PKR, di sini.

Naib Presiden PKR Lee Boon Chai berkata rakyat tidak akan memberi sokongan kepada parti jika tiada pelan perjuangan yang mantap dan hanya menggarap idea anti-Umno semata-mata.

"PKR perlu mempunyai rancangan ekonomi yang lebih tinggi dan baik. Kita tidak boleh bergantung kepada sentimen anti-Umno untuk selamanya.

"Tadbir urus yang baik perlu dipertingkatkan. Saya percaya pemimpin kerajaan negeri biar pun menghadapi tekanan namun prinsip tadbir urus berteras kebajikan semakin menjadi kenyataan," katanya.