Khamis, 10 Jun 2010

Gempar!! : MP Pembangkang Maki Hamun BN dalam Parlimen


Ahli parlimen BN akan membentangkan satu usul mengikut peraturan Dewan Rakyat 26(1)(P) bagi menyiasat pertengkaran yang berlaku di tempat rehat khas ahli parlimen ketika mereka berbincang mengenai kekurangan biasiswa kerajaan yang ditawarkan kepada... pelajar bukan bumiputera.

MP Kinabatagan, Datuk Bung Moktar Radin dari Umno berkata beliau akan memfailkan usul itu selepas berlaku pertengkaran antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan, termasuk dirinya ketika ke tempat rehat berkenaan.

Bung mendakwa ada 'orang luar' juga di tempat rehat itu dan terbabit dalam perbincangan berkenaan, jadi katanya “keselamatan ahli parlimen tergugat'.

Semasa perbincangan meja bulat, pertengkaran hangat dilaporkan antara Bung dan MP Tangga Batu (Umno) Idris Harun dengan pemimpin pembangkang.

Menurut Idris ketika dia sampai di tempat rehat itu, beliau terdengar suara-suara yang memaki hamun Umno dan BN dan beliau cuba menegur mereka kerana tidakan berkenaan tidak beretika.
"Mereka menjerit-jerit memaki hamun BN celaka, Umno celaka, jadi saya pergi dan cuba menasihatkan mereka. saya menyapa kula (DAP Ipoh Barat) dan kit siang (DAP Ipoh Timur) dan memberitahu mereka bahawa saya ingin mendengar hujah mereka dan mengambil bahagian dalam perbincangan, tetapi ada di antara mereka termasuk orang luar mula memaki dan menghalau serta menolak saya,

Menurut Idris, oleh kerana jumlah mereka termasuk orang luar lebih ramai, jadi saya pun mengambil keputusan untuk beredar dari situ..