Jumaat, 25 Jun 2010

ISU FELDA DAN BAKHE: PEMBANGKANG AKAN TERIMA PANGGU DI MAHKAMAH


FELDA: Jawab di mahkamah…
Share
FELDA yang merupakan salah sebuah institusi kukuh telah diserang hebat oleh pembangkang termasuk dakwaan kononnya ia sudah hendak bangkrap.

Akhbar lidah rasmi PKR,Suara Keadilan telah menyiarkan fitnah berkenaan dalam terbitannya bertarikh 22 hingga 29 Jun 2010.

FELDA hari ini putuskan akan saman Suara Keadilan dan beberapa pemimpin pembangkang kerana fitnah berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberitahu satu sidang akhbar penyiaran itu dianggap melampau kerana memudaratkan organisasi FELDA yang berusia 54 tahun dan mempunyai pelaburan dalam dan luar negara.-25/6/2010