Amaran dari bekas menteri gila kuasa : BN Akan Terima ‘Kad Merah’!
Isu penarikan pingat Datuk oleh Istana Johor menarik perhatian China Press 20 Jun 2010 (Ahad). Dengan tajuk “Jika BN Tidak Mahu Insaf, Seterusnya Akan Terima Kad Merah,” akhbar ini memetik kenyataan Chua Jui Meng yang berkata, pilihan raya Mac 2008, BN telah menerima tamparan kad kuning, sehingga hari ini masih tidak mahu insaf. Pilihan raya akan datang, pasti akan diketepikan oleh rakyat seterusnya akan menerima “kad merah" kehilangan kerajaan.
Politik boleh diumpamakan seperti pasukan bola sepak, rakyat nampak lebih jelas sama ada pemain bola itu menyepak bola ataupun menyepak pemain lain.Sempena musim Piala Dunia ini, Jui Meng mengambil kesempatan memberitahu orang ramai BN tidak peka dengan kebajikan rakyat.
China Press melaporkan walaupun beliau tidak mahu berterus terang adakah UMNO main peranan terhadap penarikan pingat-pingat itu, tetapi beliau berkata "yang penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat terhadap isu ini.”Beliau percaya, kerana isu penarikan balik pingat ini, UMNO akan dituduh oleh orang ramai dan akan semakin ramai rakyat menyokong Pakatan Rakyat, dan mereka akan rasa menyesal.
Beliau memberi amaran kepada UMNO, jangan gunakan penarikan pingat itu sebagai isu untuk mengugut beliau dan mahu beliau berundur.“Saya bukan sahaja tidak akan berundur, malah saya akan terus maju ke hadapan, pertahankan sehingga Pakatan Rakyat ambil alih pemerintahan Kerajaan Pusat di Putrajaya.”