Khamis, 24 Jun 2010

Ph.D akan sertai UMNO, Apakah mereka dari JIM dan IKRAM?

KANGAR 23 Jun - Seramai 40 ulama berkelulusan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) akan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh kumpulan ulama berkenaan ketika beliau mengadakan ... See Morepertemuan dengan mereka di ibu negara kelmarin.

"Saya telah mengadakan pertemuan dengan 40 ulama berkelulusan Phd itu. Mereka menyatakan hasrat untuk menyertai UMNO. Para ulama berkenaan mahu menyerahkan borang menyertai UMNO Jumaat ini kepada Perdana Menteri sendiri di Kuala Lumpur.

"Mereka menyatakan pendirian mahu berada dalam UMNO untuk terus menggerakkan dakwah. Jika UMNO silap mereka akan tegur dan jika yang baik mereka akan memuji," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shahidan yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau berkata, daripada 40 ulama itu, dua daripadanya adalah rakyat Perlis dan mereka adalah antara ulama terkenal di negeri ini.

"UMNO Bahagian Arau sedang berusaha untuk mendaftarkan mereka sebagai ahli UMNO di bahagian ini dan jika itu berlaku, maka mereka akan diberikan jawatan dalam dalam Biro Agama Islam," ujarnya.

Menyentuh mengenai kemungkinan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin yang disebut-sebut antara ulama terkenal yang akan menyertai UMNO Jumaat ini, Shahidan berkata, beliau memang mengalu-alukan kemasukannya jika perkara itu benar.

"Saya amat alu-alukan kemasukan mereka ke dalam UMNO. Bekas Mufti Perlis itu sama ada masuk atau tidak ke dalam UMNO, beliau adalah rakan saya," ujarnya.

Shahidan percaya, kemasukan begitu ramai ulama ke dalam UMNO amat tidak disenangi oleh sesetengah parti politik yang selama ini mendakwa hanya parti tersebut berjuang untuk menegakkan Islam.

"Apa yang pasti mereka yang akan menyertai UMNO itu nanti adalah ulama berkelulusan tinggi," jelasnya yang juga Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER).
 
Komen TM.
Jika benar 40 doktor falsafah akan menyertai UMNO ia adalah satu kejayaan besar yang cukup bermakna.
Kebiasaannya bila sebut Ph.D, Professor di Universiti dalam negara kebanyakan mereka adalah penentang kerajaan dan menyokong parti pembangkang. 
 
Jika dahulu mereka adalah penyokong kuat Parti Pas dan kemudian menyokong pula PKR. Hari ini mereka terpaksa akur dan menyokong Dap atas desakan kepimpinan politik. 
 
Mungkin ini yang menyebabkan mereka serba tak kena. Pada hal perjuangan mereka adalah ke arah keislaman.

JIM dan Ikram adalah salah satu NGO  yang sangat berpengaruh di IPT Awam. 95 hingga 99 peratus kakitangan profesional adalah ahli JIM, ini termasuklah dalam syarikat-syarikat koperat kerajaan (GLC) seperti Telekom, Petronas dan juga di Jabatan-Jabatan Kerajaan. 
 
Mereka ini lah yang menjadi talibarut pembangkang dalam menyalurkan maklumat-maklumat penting dan membocorkan rahsia-rahsia kerajaan kepada pihak pembangkang.

Mereka juga mempunya KPI atau NKRA. Apa dia? Mereka hendaklah menambah ahli sekurang-kurangnya 5 orang setiap tahun. Siapa yang mereka cari? Sasaran mereka ialah tenaga-tenaga baru yang baru sahaja balik dari luar negara yang membawa beberapa golong ijazah. 

Tidak hairan lah ramai cerdik pandai yang kembali ke tanah air dan bekerja di GLC, IPT atau JPA bersikap seperti Dr Aziz Bari, Khalid Samad, Nizar Jamaluddin, Dr Azmi Sharom dan ramai lagi. Ini kerana mereka telah diracun pemikiran mereka.

Ya, memang NGO ini bukan badan politik. Ikram mendakwa mereka adalah badan yang bebas politik. tetapi aktiviti mereka , sokongan mereka menjurus ke atas itu. Lihat profile Syed Ibrahim Syed Noh. Di mana kedudukannya, ada dalam JIM, IKRAM, GMI, MAFREL dll.  Dalam politik mereka bersama pembangkang.

Mungkin setelah sedar dari lamunan dan buaian manis pihak pembangkang dan dengan meneliti senario politik yang semakin bahaya, menyebabkan mereka menarik hand brake dan menyertai UMNO.