Pencuri pasir dilindungi – Khir Toyo
Mon, May 17, 2010
Dalam Negeri
Oleh Muda Mohd Noor
PETALING JAYA: Kumpulan pencuri pasir yang dilaporkan berleluasa di Selangor dilindungi oleh pihak tertentu dari parti gabungan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri Selangor dewasa ini, kata bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Beliau mendakwa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mengambil sebarang tindakan walaupun mengetahui kegiatan tersebut kerana kepentingan politiknya.
"Gang atau sindiket ini berleluasa kerana ada exco kerajaan negeri Selangor yang rapat dengan mereka.
"Perkara ini bukan baru, sudah berlaku lebih setahun lalu. Saya sendiri sudah menimbulkan isu ini dalam sidang dewan undangan negeri Selangor (DUN) beberapa kali.
"Jawapan yang diberikan oleh menteri besar atau exco ialah kerajaan negeri sedang menyiasat dan pihak terbabit sudah dikenakan kompaun," tambah beliau.
"Jumlah kawasan yang dikorek adalah antara beratus ekar hingga beribu ekar pada satu daerah. Saya diberitahu sebahagian pasir dihantar ke negeri lain dan yang lain untuk kegunaan di negeri Selangor," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam menimbulkan isu itu baru-baru ini dan membuat laporan polis kerana mendakwa syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) terbabit dengan kegiatan tersebut.
Bagaimanapun, syarikat berkenaan menafikan dakwaan itu dan merancang mengheret ahli parlimen tersebut ke mahkamah kerana membuat fitnah.
Dr Mohd Khir berkata, operasi mencuri pasir itu berlaku di atas tanah lombong milik kerajaan negeri di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang sejak dua tahun lalu.
Katanya, semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor kegiatan mengorek pasir di atas tanah lombong tidak dibenarkan untuk menjaga aset kerajaan negeri.
"Kita menangkap ramai pencuri pasir dan mendakwa mereka di mahkamah. Kira-kira 150 pengorek pasir disita dan diletakkan di kawasan pejabat setiausaha kerajaan negeri di Shah Alam.
"Kini kegiatan mencuri pasir berlaku setiap hari tetapi tidak ada satu pun lori dirampas dan sindiket ditahan serta didakwa di mahkamah.
"Oleh kerana itu saya mengesyaki pemimpin tertentu dari parti tertentu dalam Pakatan Rakyat melindungi kegiatan tersebut," katanya.
Bekas menteri besar Selangor juga mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melantik sebuah anak syarikat mengeluarkan lesen kepada syarikat swasta untuk mengeluarkan pasir.
Katanya, mengikut akta tanah negara, hanya pejabat tanah daerah, pejabat tanah dan galian dan mesyuarat exco yang boleh mengeluarkan lesen berkenaan.
"Sepatutnya menteri besar menggantung jawatan ketua pegawai eksekutif KKSB, Ramli Abdul Majed untuk membolehkan siasatan dijalankan ke atas syarikat tersebut.
"Kalau tidak digantung, dia boleh menyorok bukti apabila hendak siasat," terang beliau.
SPRM perlu siasat
"Kerajaan juga perlu membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan terhadap tuduhan tersebut.
"Membenarkan Selcat menyiasat perkara tersebut tidak memberi sebarang manfaat kerana badan itu hanya mempunyai kuasa menyiasat tetapi tidak boleh mendakwa," katanya.
Menurut Dr Mohd Khir, kerajaan negeri mahu mendapat RM150 juta dari kegiatan mengorek pasir itu tetapi hanya sekitar RM5 juta sahaja diperolehi setahun.
Katanya, ini bermakna kerajaan negeri kerugian RM145 juta setahun atau hampir RM500 juta dalam tempoh lima tahun.
Beliau berkata "jika kegiatan mencuri pasir itu tidak dihentikan egera, akhirnya kerajaan negeri terpaksa mengimport pasir pada masa depan."