Sabtu, 12 Jun 2010

LIDAH BIAWAK PAS BERCABANG TIGA

Demi politik duniawi, politik celaka dan politik yahudi majusi, Pas sanggup mengkhianati pengikut dan ahli Pas yang selama ini setia menyokong Pas demi membentuk sebuah negara Islam.


Hari ini selepas Muktamar Pas di Kota Bharu berlaku satu perubahan yang kononnya mengikut perkembangan zaman Pas for All ( sepupu Israel for All) Pas sanggup bertukar lagi prinsip dan polisi.


Kenapa TM melabelkan Pas celaka, dajjal dan majusi? Ini kerana ia disebut sendiri oleh orang Pas peringkat bawahan. Pengikut Pas tersebut semalam juga mengisytiharkan diri tidak akan menyokong perjuangan Pas untuk hari ini dan masa hadapan.


Katanya sewaktu PRU 11 dan 12. Pas telah mengeluarkan fatwa yang mengharamkan orang Islam memilih dan mengundi calon bukan Islam sebagai wakil rakyat.

"Sekarang macam mana boleh jadi halal. Esok Pas pula akan menghalalkan perbuatan  yang  dilarang untuk penganut Islam seperti halal makan daging babi, halal minum arak dan halal segala-galanya" .


Pemimpin Pas hari ini nampaknya boleh pada bila bila-bila masa untuk mengHALALkan atau mengHARAMkan sesuatu mengikut kepala hotak depa.

Hari ini mereka menentangkan keras usul lesen judi yang dicadangkan oleh Awang Adek kerana suara cadangan itu datangnya dari Umno.


Lihat balik isu babi di Selangor , oleh kerana cadangan itu datang dari Dap, Pas menyatakan sokongan 100 peratus terhadap projek ladang babi Dap.


Sama juga isu arak dan kilang arak, Pas yang menentang kilang arak dan penjualan arak , hari ini terpaksa berlembut dan sebaliknya menyalahkan Umno kerana membina kilang arak.


Kata Pas, kerajaan negeri tidak punya kuasa untuk menutup kilang tersebut dan tidak boleh mengharamkan penjualan arak kerana bukan Islam berhak meminumnya.


Berbalik kepada haram halal mengundi calon bukan Islam. Nizar Jamaluddin Penderhaka menang di Pasir Panjang kerana Pas menentang calon MIC. Pas guna isu agama, haram bagi undi kepada Hindu.


Begitu juga di Bukit Gantang dalam PRU 11, Tian Lian Hoe adalah calon BN, Pas juga menggunakan isu yang sama.

ORANG  ISLAM TIDAK BOLEH MEMBERI UNDI KEPADA TIAN LIAN HOE KERANA DIA BUKAN ISLAM. KITA SEMUA KENA UNDI PAS . 

Begitu lah fatwa Pas disemua tempat yang mereka bertanding.

"Tengoklah, PRU 13 Pas akan meletakkan beberapa calon Hindu, Buddha, Kristian Yahudi, Majusi dan Komunis sebagai calon yang memegang bendera PAS.....tunggu dan lihat sahaja apa nak jadi dengan PAS CELAKA" kata penyokong Pas tersebut.

TM tak boleh kata apa lagi, jika penyokong Pas dah marah sebegitu rupa..hanya mampu menganggukkan dan tersenyum tanda sokongan.