Dato Dr A Samad Said Si Rambut Rockers nak pindahkan karya sastera ke New Zealand ? PERSILAKAN DENGAN SENANG HATI dan tak payah balik ke sini lagi...Tukar saja kewargaan anda...Tapi sebelum pergi lucutkan anugerah Dato dan anugerah Doktor Persuratan serta lucutkan gelaran gelaran Sasterawan Negara....
Ini merajuk untuk kali ke berapa? Ketiga atau keempat?
Dulu merajuk dan tak mahu berkarya, sebagai tanda merajuk dan mogok dia menyimpan rambut panjang. misai dan janggut. Ingat nak potong rambut bila habis merajuk. Rupa-rupa tidak juga.
Tiba-tiba A Samad menjadi hero bagi Pas dan Pkr kerana bersama Dato Hassan bekas Pengarah DBP yang tidur dalam menentang PPSMI...
So Bila nak berangkat ? Boleh nak tolong bungkus-bungkuskan mana yang patut...Mana yang buruk boleh humban ke dalam api.
ADIOS DAN BON VOYAGE......pergi dan jangan balik-balik lagi....
Oleh Faizal Ezzany
KUALA LUMPUR, 29 Jun - Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said dalam kenyataannya di akhbar Ahad lalu akan megambil tindakan menempatkan khazanah sastera yang dimilikinya di sebuah rumah seni di New Zealand selepas kecewa dengan layanan yang diberikan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dalam menyediakan penempatan untuk khazanah seni itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada satu sidang media menjelaskan beliau kesal kerana tidak ada tindakan diambil oleh kerajaan bagi memastikan khazanah seni negara itu terus berada di negara ini bukan diletakkan di negara lain.
"Saya kesal dengan sikap kerajaan yang tidak tahu menilai khazanah seni negara yang begitu bernilai, kenyataan yang dikeluarkan oleh A. Samad Said itu sebagai isyarat kekecewaan beliau kerana negara ini tidak mengiktirafkan hasil seni beliau.
"Kita harap kerajaan perlu serius dalam hal tersebut jangan kerana sikap angkuh kita, rakyat pada masa hadapan terpaksa ke New Zealand bila ingin merujuk kembali hasil seni sasterawaan negara itu.
"Saya sangat bersimpati dengan nasib yang dialami oleh sasterawaan negara itu dan kami dari Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan mengambil tindakan bagi memastikan hasil seni tersebut terus berada di dalam negara ini.
"Kerajaan perlu mengiktiraf hasil seni negara yang ada bukan hanya mengagungkan seni dari luar negara sahaja," katanya.
Sebelum itu,dalam kenyataan akhbar yang sama A.Samad Said menerusi beberapa rundingan bersama dengan temannya di New Zealand tersebut, mendapati negara itu lebih menghargai segala usaha pengiat seni termasuk sasterawan.
Kata sasterawan itu lagi, melalui pemerhatian bersama temannya yang bermastautin di negara itu juga mendapati golongan seni di sana lebih dihargai berbanding di negara ini yang disifatkan 'seperti tidak mahu kewujudan khazanah yang sudah dicipta menerusi golongan sasterawan', atas tindakan tersebut beliau bercadang membawa karyanya ke luar negara seperti di New Zealand.