Selasa, 20 Julai 2010

ANAK AYUB DAN MAT PUT NAK KENA PANAH PETIR

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pada menafikan dakwaan dua naib presiden PAS bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.

Anak Ayub dan Mat Put menuduh Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin PAS menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan Pas dan Umno.

Tan Sri Mufti berkata, "pemimpin PAS yang datang itu bertaraf tinggi,  saya pun tidak faham.. pertemuan itu semata-mata untuk pertahankan Islam dan orang Melayu, kenapa sampai nak tuduh macam-macam dan yang marah sangat kenapa," katanya.