Selasa, 20 Julai 2010

JMM Dakwa Wang Dari Kontrak Kerajaan Digunakan Untuk Membiayai Malaysian Insider

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mendakwa bahawa The Malaysian Insider telah menggunakan wang yang diperolehi daripada kontrak kerajaan untuk membuat fitnah terhadap kerajaan.

Azwanddin Hamzah, mendakwa bahawa Efficient E-Solution Berhad merupakan syarikat yang membiayai kos operasi portal tersebut.

Efficient E-Solution juga mempunyai kepentingan 20 peratus dalam VPI International Sdn Bhd, yang telah mendapatkan kontrak perkhidmatan pengimejan dan pengimbasan pengumpulan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang pada mulanya berjumlah RM216,090,927 dan kemudian dinaikkan kepada RM585,540,927.

Azwanddin mendakwa Datuk Kalimullah Hassan dan Shaik Aqmal Alauddin merupakan pengarah dalam Efficient Solutions manakala Shaik Aqmal dan Sreedhar Subramaniam adalah pengarah VPI International.

JMM itu juga meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menjelaskan hubungan beliau dengan ketiga-tiga pengarah itu kerana kontrak itu diperolehi sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan II.

Azwanddin juga mendakwa Shaik Aqmal dan Sreedhar, yang menjadi penandatangan kontrak dengan LHDN telah menggunakan Regalia Records Management Sdn Bhd yang mana VPI International mempunyai kepentingan di dalamnya untuk menaja dan membiayai Malaysian Insider yang diilhamkan oleh Sreedhar.  

Dakwaan Azwanddin mempunyai kewajarannya memandangkan beliau ada bekas Exco Pemuda Keadilan Malaysia dan pernah bertugas dengan IKD dan juga INSKA. Sudah tentu mempunyai sumber maklumat yang banyak mengenai kegiatan dalam dan luar PKR.