Selasa, 20 Julai 2010

MAT PUT BIJAK BERCAKAP

Mat Put kata, sokongan orang melayu kepada parti tersebut masih lagi kukuh tetapi pemimpin Pas lain mendakwa menurun.


Apakah benar dakwaan Mat Put ini ataupun ianya sekadar kenyataan bagi menyedapkan hati pengikut-pengikut PAS yang semakin goyang apabila sokongan pengundi melayu semakin berkurangan terutamanya pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor tak lama dahulu?


Tidak menafikan bahawa PAS telah berjaya menarik sokongan kaum bukan melayu melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS mereka, tetapi untuk mengatakan sokongan pengundi melayu semakin meningkat untuk PAS adalah tidak benar sama sekali.


Mat Put telah menyatakan bahawa peratusan undi melayu kepada PAS ialah 40% pada tahun 1995 dan ia meningkat naik ke 55 % pada tahun 1999.


Kata Mat Put, 2008 telah memperlihatkan sokongan pengundi melayu kepada PAS masih kekal sebanyak 46%. Ini katanya menjadi bukti bahawa undi melayu tak berubah kepada parti PAS.


Mat Put terlupa satu perkara penting tentang segala angka-angka yang dimainkannya ini iaitu SEBAB mengapa melayu mengundi PAS pada tahun-tahun tersebut.
Mat Put patut menyedari bahawa undi melayu kepada PAS yang bertambah pada tahun 1999 adalah kerana isu pemecatan Anwar Ibrahim. 
Tiada apa yang boleh dibanggakan didalam PAS ketika itu kecuali isu yang satu ini sahaja yang menyebabkan segelintir melayu memberi undi kepada PAS iaitu pada 2008, sentimen "tidur" Pak Lah, Almenantuya melewatkan pemilihan Umno telah menyebabkan ramai pengundi melayu termasuklah sebilangan ahli UMNO sendiri beralih sokongan kepada PAS dan juga pembangkang.

Walaupun begitu, peratusan sokongan melayu kepada PAS dilihat menurun pada 2008 berbanding dengan tahun 1999. Ini menunjukkan bahawa PAS masih lagi tak mempunyai tarikan yang boleh pemimpin-pemimpin PAS banggakan.

Tambah lah pula sekarang ini UMNO dan kerajaan Barisan Nasional berada dibawah 100% jagaan DS Najib. Mimpi PAS untuk mejadi parti utama bangsa melayu didalam negara hanya bakal tinggal mimpi indah seperti tahun-tahun sebelumnya.

Kini barisan kepimpinan yang diterajui oleh DS Najib telah membuktikan bahawa mereka bersungguh-sungguh mahu memperbaiki persepsi rakyat dan juga imej parti dan kerajaan di mata umum. 
Segala perancangan diatur dengan tersusun dan segala penambahbaikan dilakukan dengan mengikut perlaksanaan yang betul bagi memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional contohnya 6 elemen dalam NKRA.

Ini semua telah menjadi umpama racun buat angan-angan PAS didalam menakluk sokongan bangsa melayu kepada mereka.
Kenyataan Mat Put langsung tak boleh dipakai dan juga hanya sekadar kenyataan retorik bagi menyedapkan hati pemimpin-pemimpin atasannya. Pandangan yang amat dangkal berkenaan sokongan pengundi melayu kepada PAS tanpa langsung melihat kepada realiti yang berlaku. 
Apa yang dapat rasakan, jika kenyataan dan juga pandangan Mat Put ini dijadikan kayu ukur untuk mentafsir undi melayu oleh PAS pada pilihanraya akan datang, PAS berkemungkinan besar akan tumbang dibanyak kerusi yang mereka tandingi akibat dari silap perkiraaan.

Mungkin PAS boleh bergembira dengan sedikit peningkatan sokongan dari Dap dan Pkr dan bukan melayu kepada mereka tetapi yang pasti mereka akan menangis apabila menyedari sokongan bangsa melayu telah hilang dari parti mereka akibat dari tindakan mereka sendiri menolak bangsa melayu sebagai salah satu dari asas perjuangan !