Dalam Islam bertenung nasib amat dilarang, ini termasuk juga suka-suka melihat zodiak bintang 12 setiap hari. Zaman dahulu ramalan zodiak boleh dibaca dalam akhbar Melayu. Hari ini tidak ada satu pun akhbar Melayu menyiarkan ramalan zodiak. Cuma yang masih ada ialah keputusan 4 ekor dan lain-lain judi. Iklan arak sejak azali tak pernah disiarkan.
Zaman dahulu juga terdapat orang India yang duduk di kaki lima kedai buat bisnes bertenung nasib menggunakan burung serindit dan kad daun pakau.
Hari ini tak pernah nampak lagi, mungkin selepas si tua itu mati, anak-anaknya tak mahu lagi ikut cara orang tua mereka cari makan dengan bertenung nasib orang, tetapi nasib mereka sendiri tidak terbela.
Hari ini dunia dikejutkan dengan sotong kurita bernama Paulie yang telah meneka tepat 6 keputusan perlawanan bola sepak FIFA 2010.
Selepas ini yuran perkhidmatan ramalan Paulie akan meningkat. Kalau di bawa ke Malaysia ramailah Dato-Dato akan mendapatkan khidmatnya. Siapakah calon isteri kedua? Rozini Tok Wan atau Paris Hilton.