Tanpa Nama berkata..
bodoh... sekarang ada upsr dan pmr banyak melayu bodoh... nanti kalau tak ada, confirm jadi lebih bodoh lagi... apsal orang umno bangang sangat sampai perkara2 sebegini pun tak boleh berfikir dengan waras.
Mungkin pembaca tersebut kurang memahami situasi semasa. Isu sekarang bukan Melayu bodoh. Orang Melayu bukan bodoh cuma kurang berpeluang. Sebab itu lah Tun Mahathir dan Prof Ungku Aziz selalu mengingatkan bahawa orang Melayu yang miskin dan kurang mampu perlu dibantu dan dibimbing setiap masa.
Dahulu ada mahasiswa masuk Universiti makan mee segera hari-hari, cuci pinggan di restoran, jadi pengawal keselamatan untuk menampung kos sara hidup. Itu dulu tetapi sekarang tak wujud lagi situasi begini. Walaupun dengan PTPTN semua pelajar dalam hidup mewah.
Masalahnya pelajar-pelajar hari ini terlalu ramai dalam sekolah. Lulus satu subjek dalam PMR pun boleh naik ke Tingkatan 4, ini lah punca masalah disiplin dan moral dikalangan pelajar.
Zaman dahulu pelajar yang gagal dalam SRP dan LCE adalah pelajar yang tak berdisiplin dan sukar dikawal. Bila gagal SRP muka mereka akan hilang dari sekolah. Yang tinggal belajar dalam dalam Tingkatan 4 ada yang terpilih dan terbaik.
(bersambung)