Ahad, 18 Julai 2010

BLOGGER PENANG DAPAT PINGAT

Hebat sungguh kerajaan Pulau Pinang kerana menghargai blogger mereka.  Mereka ialah Din Binjai , blogger Pas Bukit Bendera dan mamak blogger Kasi Pecah laaa.

Blog kaasiipecaah la ranking alexa ialah 1, 285, 769 , Din Binjai ialah 889, 608 dan Pas Bukit Bendera ranking dunia ialah 7, 783, 680.

Blog Pas Bukit Bendera juah lebih rendah dan tidak popular tetapi ketiga-tiga mereka berjaya meraih anugerah.  Bijak kerajaan LGE kerana memilih ketiga-tiga mereka sebagai blogger tersohor di Pulau Pinang.

Lim Guang Eng ternyata sangat menghargai jasa Pas Pulau Pinang kerana membantu kemenangan Dap menguasai pemerintahan pulau tersebut, tanpa Pas Dap gagal dalam misinya.

Sayang seribu kali sayang kerana Pas hanya mempunyai 1 kerusi Dun sahaja iaitu Dun Permatang Pasir yang dimenangi oleh Saleh Man dalam PRK lalu.

TM ingin melihat kawasan Pas di Permatang Pasir, menjadi maju di bawah pemerintahan Dap.

Bloggers Dap jauh lebih hebat dari tiga orang di atas tetapi tidak menerima pingat pun, TM yakin blogger Dap dari Penang menerima ganjaran yang lebih besar daripada pingat tersebut. Kedudukan mereka pun tersembunyi dan tidak perlu didedahkan kepada umum. Biarlah menjadi rahsia dan menjadi jutawan senyap.

Para Blogger juga terima Pingat PJK
Bongkar...Bongkar...Bongkar...visi dan misi kami  Penang Blogger

Terima Pingat by you.
Blogger Zul ...ceria sampai terselah gigi taringnya...

Teman Politik...PA Ketua Menteri Pulau Pinang Mr Choong.Kenali beliau sejak jadi pembangkang lagi.
Terima Pingat by you.
Ketua Penerangan Pas Negeri Pulau Pinang juga menerima pingat PJK
Terima Pingat by you.
2 Orang kuat PAS Tegar di Dun Penaga Kepala Batas
Terima Pingat by you.
Jasanya amat besar di Balik Pulau......

BUKIT MERTAJAM, 18 Julai (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Permatang Tinggi di sini dibubarkan selepas kesemua 56 angotanya bertindak keluar parti itu dan menyertai Umno pada Ahad.

Timbalan Ketuanya Ismail Md Ali berkata keputusan itu dibuat mereka selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR.

"Kami juga sudah bosan dengan janji-janji manis PKR kerana sehingga hari ini iaitu selepas dua tahun memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk tiada satu (janji) ditunaikan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Bahagian Bukit Mertajam Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Ismail juga mendakwa Anggota DUN tersebut Tan Hock Leong tidak pernah turun padang bertemu penduduk sejak memenangi kerusi itu.

Sementara itu, Musa berkata tiga lagi ranting PKR di Bukit Mertajam telah menemuinya dan menyatakan hasrat untuk menyertai Umno.

Ia membabitkan kira-kira 300 anggota PKR, katanya yang enggan memberitahu ranting yang terlibat.