Pemimpin-pemimpin politik kerajaan Pakatan Penyamun Selangor terus membohongi rakyat kononnya merekalah kerajaan yang baik dan membela nasib rakyat. 20 meter padu air percuma menjadi modal politik mereka, padahal bukan semua yang dapat, rumah TM di negeri ini juga tetapi satu liter pun tak dapat free.
Ini lah kelentong Pakatan Penyamun. Azmin Ali, Khalid Samad, Dr Hassan Ali, Eliz Bukit Telanjan, Teresa Cocok , Tony Phua, Tian Chua, Jenise lee, dan ramai lagi bila berceramah bukan main memuji kerajaan mereka.
Walaupun Selangor dikuasai oleh Pkr pada lahiriah nya tetapi yang benar-benar menguasai kerajaan ialah Dap. Parti Dap hanya berusaha untuk menjaga kebajikan kaum yang menyokong mereka sahaja dan mengabaikan kaum lain. Institusi pengajian untuk orang Melayu harus ditutup dan matikan. Orang Melayu Selangor harus didungukan dan daripada memperolehi kemahiran-kemahiran secara percuma atau subsidi.
Akibatnya dua buah institusi yang melatih tenaga-tenaga mahir Melayu di tutup secara perlahan-lahan. Bermula dengan Universiti Selangor (Unisel) yang semakin merudum bilangan pelajarnya dan hari ini satu lagi menerima nasib yang sama. Institusi ini ialah Institut Kemahiran Yayasan Selangor.
Institut ini terletak di Seksyen 10, Jalan Semarak, Kuala Selangor.
Bagus lah kalau macam tu, tak lama lagi kita akan lihat Institusi lain pula akan ditutup kerana merugikan kerajaan dan instutusi tersebut adalah yang berkaitan dengan orang Melayu dan Islam. Tak percaya , tunggu dan lihat sahaja.
|
Pengenalan |
-
Institut Kemahiran Selangor adalah milik penuh Yayasan Selangor yang mula beroperasi pada Januari 2000.
-
Menerima pentauliahan dari Suruhan Jaya Tenaga, dan mula bergiat cergas melahirkan orang-orang kompeten yang akan memberi perkhidmatan ke arah kekompetenan elektrik mereka di seluruh negara.
-
Pada peringkat awal, kursus yang ditawarkan adalah kursus Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal (PW2) Sepenuh Masa dan Kursus Pendawaian Tiga Fasa (PW4) - Separuh Masa.
-
Bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dikalangan anak Selangor, Yayasan Selangor telah diberi kepercayaan untuk mengurus Kompleks Belia dan Keusahawanan unutk dijadikan Kampus pusat latihan dengan nama Institut Kemahiran Yayasan Selangor pada 1 Julai 2005.
-
Pada 1 Jun 2006 Institut telah menerima Perakuan Pendaftaran Institusi pendidikan di bawah Akta Pendidikan 1996 ( Seksyen 79) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
-
Satu kursus baru -Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara domestik tahap 1 dan 2 di bawah pentaulihan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah ditawarkan mula sesi Julai 2008.
|
Objektif Penubuhan |
- Menyedia dan memberikan latihan kemahiran teknikal mengikut piawaian Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Suruhanjaya Tenaga (ST).
- Melahirkan golongan teknikal profesional yang bakal mengisi keperluan dan aspirasi negara.
- Memberi alternatif dan ruang kepada pelajar lepasan sekolah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA & IPTS) untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran teknikal.
- Menyediakan kemudahan infrastruktur dan pembelajaran yang lengkap dan konduksif kepada pelajar yang berpotensi dalam bidang kemahiran teknikal.
|
Kursus yang ditawarkan:
- PENDAWAIAN SATU FASA / PW2 (SEPENUH MASA)
- TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMAN UDARA - DOMESTIK (SEPENUH MASA)
- PENDAWAIAN TIGA FASA /PW4 (SEPARUH MASA)
- PROGRAM KAWALAN MOTOR (SEPARUH MASA)
- PROGRAM INTENSIF PEPERIKSAAN (SEPARUH MASA)
Pengiktirafan dan Pentauliahan:
Suruhanjaya Tenaga Malaysia (no. Pentauliahan : JBE(IP) KP/2/40)
|
Syarat Umum Kemasukkan
+ Sijil Pelajaran Malaysia @ Tamat tingkatan 5.
+ Warganegara Malaysia –keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Selangor.
+ Sihat fizikal, emosi dan mental.
+ Tidak cacat anggota, pendengaran, penglihatan dan rabun warna.
+ Tiada rekod jenayah atau dadah. Syarat Tambahan
Pendaiwaian satu Fasa (PW2) (Separuh Masa)
+ Berpengalaman bekerja dengan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga
Selama 2 tahun.
+ Memiliki Sijil SKM tahap 2.
+ Buku Log yang lengkap.
Pendawaian Tiga Fasa (PW4) (Separuh Masa)
+ Pemegang perakuan kekompetenan PW2 sekurang-kurangnya 1 tahun.
+ Berpengalaman bekerja dengan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya selama
3 tahun.
+ ATAU Buku Log yang lengkap.
+ Penyata KWSP. Program Kawalan Motor Elektrik
+ Terbuka kepada semua.
Program Intensif Peperiksaan (Suruhanjaya Tenaga)
+ Terbuka kepada semua.
Bahasa Penghantar
+ Bahasa Melayu. Tempoh Pengajian
+ Pendawaian Fasa Tunggal (PW2) 2 tahun (Sepenuh Masa).
+ Pendawaian Fasa Tiga ( PW4) 6 bulan (Sepenuh Masa).
+ Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara 1 tahun 3 bulan (Sepenuh Masa).
+ Program Kawalan Motor Elektrik (Separuh Masa /40 jam).
+ Program Intensif Peperiksaan (Separuh Masa / 40 jam). Subjek Yang Dipelajari
+ Teori & Amali, Agama, Komputer dan Asas Bahasa Inggeris. Sesi Pengambilan Pelajar
+ Bulan Januari.
+ Bulan Julai. |
SABAK BERNAM: Lebih 500 orang berhimpun secara aman di hadapan Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) di sini, sebentar tadi bagi membantah penutupan institut itu sehingga nasib 250 pelajarnya tidak diketahui.
Kerajaan Selangor kelmarin menutup IKYS di Sungai Besar yang kebanyakan pelajar berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari seluruh negeri itu.
Penutupan IKYS yang mula beroperasi pada Januari 2000, dipercayai berpunca daripada dakwaan kerajaan pakatan pembangkang bahawa ia tidak memberikan keuntungan kepada Yayasan Selangor dan kerajaan negeri.
Ini lah nasib yang diterima oleh rakyat Selangor, sedih.. ini belum memerintah satu Malaysia lagi.