Jumaat, 16 Julai 2010

Demi Allah Malaysia Bukan Negara Sekular -- Dr Uthman El-Muhammadi (Bhg 1)

Tokoh cendiakawan agama, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady bersumpah dengan nama Allah dan Rasul bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular.

"Seluruh umat Islam di negara ini... hentikan pertikaian berhubung persoalan sekularisme dan nasionalisme. Mereka yang menuduh pihak-pihak tertentu mengamalkan konsep berkenaan adalah mereka yang tidak melihat kepada pokok asasl istilah itu,"' katanya dalam temubual eksklusif.