Khamis, 29 Julai 2010

FAKTA SEBENAR KES SAKIT TULANG BELAKANG AL-JUB


Buku-Laporan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950

Anwar Ibrahim dalam wawancara ekslusif dengan Sinar Harian semalam, 28 Julai 2010 mendakwa beliau kini masih sakit tulang belakang akibat kecederaan dalam tahanan dulu.

Seandainya Anwar mendakwa masih sakit tulang belakang akibat tahanan dulu, bagaimana pula dengan rawatan sakit tulang belakang di Munich pada 2004, sebaik sahaja dibebasakn dari penjara Sungai Buloh?

Sebenarnya kenyataan Anwar di Sinar Harian adalah bercanggah dengan Laporan Suruhajaya Diraja Menyiasat Kecederaan Anwar pada tahun 1998. Sila lihat bukti-bukti dokumen-dokumen berikut :
laporan doktor1
laporan doktor2
Laporan doktor Vasantha Ponniah dari Jabatan Pesakit luar Hospital Kuala Lumpur 1998

Laporan doktor Vasantha Ponniah dari Jabatan Pesakit luar Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1998 juga melaporkan Anwar sakit tulang belakang akibat jatuh kuda sejak 6 tahun lalu. Enam tahun dari tahun 1998, bermakna sekitar tahun 1992.

Laporan Dr Vasantha mengesahkan laporan akhbar Cina pada tahun 1992 mengatakan Anwar sakit tulang belakang hingga terpaksa bertopang leher akibat jatuh kuda.

Sakit belakang/leher
Punca Anwar sakit belakang/tengkok didedahkan oleh akhbar Cina pada tahun 1992

Imej Anwar bertopang leher kali pertama dikesan pada tahun 1992. Ketika itu semua media perdana dikawal Anwar supaya tidak menceritakan punca Anwar bertopang leher itu. Namun akhbar Cina seperti yang didedahkan oleh Ahmad Lutfi Othman, dalam buku 'Anwar lawan Ghaffar', 1993, mengatakan punca Anwar bertopang leher kerana jatuh kuda.

kudabesar
Hobi Anwar suka menunggang kuda. Tak dapat kuda betul ditunggangnya kuda kayu

Dr Halili doktor peribadi Anwar dalam sidang media pada tahun 2010 turut mengesahkan pernah merawat sakit tulang belakang Anwar kerana jatuh kuda.

laporan doktor3

laporan doktor4
Laporan Dr Abdul Halim Hj Mansar dan Dr Zahari Noor, dari Jabatan Pathology, Hospital, Kuala Lumpur

Laporan Dr Vasantha ini turut disokong dengan laporan dua doktor yang merawat Anwar pada tahun 1998. Doktor itu adalah Dr Abdul Halim Hj Mansar dan Dr Zahari Noor, dari Jabatan Pathology, Hospital, Kuala Lumpur.

Serta diperkukuhkan lagi dengan Laporan empat panel doktor : Dr Anuar Zaini Md Zain, Dr David SK Choon, Dr Kew Siang Tong dan Dr Mohd Borhan Tan yang memberi alasan sama.

Mereka merakamkan bukti, Anwar sakit tulang belakang dan sakit leher bukan disebabkan kecenderaan di penjara sebaliknya disebabkan jatuh kuda, sejak 6 tahun sebelum dipenjarakan.

laporan doktor5

laporan doktor6
Laporan empat panel doktor : Dr Anuar Zaini Md Zain, Dr David SK Choon, Dr Kew Siang Tong dan Dr Mohd Borhan Tan