Isnin, 19 Julai 2010

Jangan Tutup IKYS, Serahkan Kepada BN Untuk Diuruskan


Dengan alasan tidak menguntungkan, masa depan pelatih IKYS ini dipertaruhkan apabila Yayasan Selangor membuat keputusan untuk menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor miliknya di Bagan Terap, Sabak Bernam. Hasrat ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan lebih 250 pelajar di pusat latihan itu mengenai masa depan mereka.

Walaupun dijanjikan IKYS, para pelatih ini akan dipindahkan ke INPENS International College yang terletak di Kuala Selangor untuk meneruskan pengajian, namun mereka tidak berpuas hati dengan keputusan mendadak pengurusan Yayasan Selangor itu yang membawa kepada perhimpunan dan tunjuk perasaan secara aman kira-kira 500 orang terdiri daripada para pelatih, ibu bapa serta pemimpin masyarakat setempat sebagai bantahan di hadapan pintu utama IKYS yang tertutup rapat pagi tadi.