Isnin, 19 Julai 2010

IKYS Untuk Bantu Pelajar Kurang Mampu Lanjut Pelajaran Ke Peringkat Lebi...



Pemuda UMNO Selangor kecewa dan dukacita dengan penutupan Institut Kemahiran Yayasan Selangor kerana pembinaannya adalah untuk membantu anak golongan berpendapatan rendah yang tidak berpeluang menyambung pengajian ke peringkat tinggi mendapatkan latihan kemahiran di institusi disediakan kerajaan negeri iaitu Yayasan Selangor.

Ketua Pemuda UMNO Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata, sasaran kerajaan negeri sebelum ini adalah untuk membantu anak golongan miskin mendapatkan latihan di IKYS supaya mereka dapat dibela bagi mengubah taraf kehidupan mereka.

Tambahnya, ketika ini rata-rata pelajar adalah dari kalangan mereka yang tinggal berdekatan dan dengan perpindahan tempat belajar, mereka terpaksa berulang-alik dan terpaksa menanggung kos tambahan sedangkan mereka bukannya dari golongan yang kehidupannya senang.