Mahkamah Tinggi akan mendengar rayuan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin terhadap penolakan permohonannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperolehi Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya dalam kes saman malu bernilai RM100 juta pada 23 Sept ini.
Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 Mac 2008, mendakwa KJ mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya bertajuk 'Anwar and kin no threat'.
Anwar mendakwa kenyataan itu yang dibuat KJ di Lembah Pantai, di sini pada 20 Feb 2008, antara lain bermaksud beliau terbabit dalam aktiviti yang bertentangan dengan Islam, tidak mempunyai perwatakan baik dan tidak layak memegang jawatan politik atau jawatan lain.
Pelik bin Ajaib memikirkan tentang Anwar. Baru-baru ini dalam sidang video bersama CNN beliau mengkritik hebat sistem perundangan negara yang kononnya dikuasai oleh pemerintahan Umno dan BN. Beliau dengan mudah memohon agar mahkamah menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya. Mengkritik hakim dan pemerintahan yang korup kononnya berkonspirasi terhadapnya.
Akan tetapi dalam masa yang sama beliau juga galak untuk menyaman orang lain, mangsanya kali ini ialah KJ dengan saman RM100 juta . Kes ini juga membuatkan KJ tertekan hinggakan tidak mampu untuk mempertahankan jawatan beliau dalam FAM.
TM menasihat kepada KJ dan penyokong-penyokong beliau agar memulakan langkah baru dengan menyaman Anwar kerana ucapan-ucapannya yang berbau hasutan dan fitnah. Kumpulkan semua rakaman-rakaman ucapan Anwar dan penulisan-penulisannya untuk mendakwa beliau di mahkamah.
TM ingin melihat pula reaksi nya untuk memohon mahkamah menggugurkan tudukan terhadapnya. Hari ini kita membiarkan beliau sesuka hati menfitnah dan memburuk-burukkan Umno dan kepimpinannya. Maka sudah tibalah masanya kita pula menyaman beliau, biar dia bankrup seperti penentang politik LKY di Singapore.