Isnin, 19 Julai 2010

SINGAPURA BAKAL MENGUASAI MALAYSIA SELEPAS PRU 13

Dap bakal menerajui pentadbiran persekutuan dengan bantuan dan sokongan daripada Pas dan Pkr. Dap menggunakan strategi dan program politik dari negara-negara republik sosialis melalui jalinan mereka serata dunia dilihat cerah untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara.

Malaysia juga akan berubah sama sekali segala sistem dan bentuk politik. Islam bukan lagi menjadi agenda utama, raja-raja akan menjadi satu kelompok komuniti seperti raja-raja di Indonesia dan India.

Singapura akan kembali kepada menguasai Malaysia melalu proksi mereka iaitu Dap. Malaysia tak ubah seperi fiksyen hollywood yang menggerunkan.

Hayati data di atas, sepanjang 6 bulan pertama tahun ini Umno masih lagi berjuang untuk menambahkan ahli sementara komponen BN lain masih terus tidur, tidur dan tidur. PPP hanya menambah 4 pengundi baru sungguh memalukan, Gerakan masih leka bermain wayang tongkol dengan 471 pengundi baru, Mic masih kacau bilau, selagi Samy Velli enggan berundur selagi itulah pengundi baru Mic tidak bertambah. Mca boleh lah dikatakan melepas batuk ditangga dengan pengundi baru hampir mencecah 3 ribu orang.

BN sudah tentu akan kalah dengan pengundi baru Pakatan Rakyat yang berjumlah 107,050  gabungan BN hanya berjumlah 59, 363. 

Apa sudah jadi Chua Soi Lek, Koh Soo Khun dan Kavies.....letak jawatan lah kalau malas..