Biasanya orang yang bergelar ulama tidak akan berpolitik, setakat meyertai dan menyokong sahaja. Kebanyakan ulama tulen yang dulu-dulu biasanya menyokong sistem pemerintahan yang ada sekarang iaitu Barisan Nasional.
Peranan ulama juga amat penting bagi kerajaan dalam usaha membentuk sebuah negara yang mengamalkan dasar-dasar Islam. Sejak zaman Dato Onn Jaafar lagi usaha ini telah dibuat, tetapi sayangnya apabila ulama-ulama seperti Ahmad Fuad yang kalah dalam pemilihan Umno telah keluar dan menubuhkan Pas.
Sejak itu Pas sentiasa berusaha untuk menjadi juara dalam sistem Ulama' di Malaysia. Mereka mengeluarkan fatwa-fatwa sendiri yang lebih menguntungkan kepada parti politik mereka. Apa jua fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dianggap tidak betul.
Pas juga dilihat cuba menguasai semua institusi pengajian tinggi( IPT) yang terdapat dalam negara. Pas berjaya dalam usaha ini dengan membentuk satu badan bukan kerajaan yang menyokong doktrin Pas. Jemaah ini amat popular dan mengatasi kumpulan ABIM yang bernaung di bawah nama Anwar Ibrahim.
Sejak wujud dua pertubuhan NGO yang berpengaruh ini, wujudlah sedikit konflik dalam usaha menonjolkan diri sebagai ikon masyarakat. Kedua-dua kumpulan ini sering bersaing sesama sendiri untuk menarik lebih ramai cendekiawan atau ilmuan islam dari pelbagai bidang menyertai mereka.
Kedua-dua kumpulan ini berjaya menewaskan kehebatan kumpulan Al-Arqam. Awal tahun 80an ramai Ilmuan Islam dan profesional Islam menyertai kumpulan ini, tetapi setelah difatwakan ajaran sesat ramai yang telah tarik hand brake dan undur diri.
Pas, mereka juga telah berusaha sejak dahulu lagi untuk mencari sokongan ilmuan Islam. Allahyarham Dato Fadhil Nor telah terbang ke serata tempat untuk mencari pengaruh daripada ilmuan Islam dan profesional Melayu Islam termasuk juga pelajar-pelajar universiti dalam dan luar negeri.
Tak hairanlah hari ini 95 - 99 peratus tenaga profesional di IPT adalah ahli pertubuhan yang berada dibawah bayangan Pas.
Ramai yang tak sedar bahawa mereka berada dalam NGO yang dirancang penubuhannya oleh Pas. Bagi mereka ialah mereka berjuang , berbakti kepada bangsa dan agama adalah kerana Allah semata-mata. Oleh sebab itu mereka nekad untuk berjihad atas nama Allah.
Ingat !! Atas nama kalimah Allah, bukan Pas.
Seperti juga dalam Al-Arqam, bak kata pepatah Melayu, 'tak kenal maka tak cinta' tetapi dalam NGO ini, lain pula jadinya, ' makin kenal , makin haru-biru jadinya'. Itu lah yang menyebabkan ilmuan Islam atau cerdik pandai Islam ini bermuhasabah diri mencari kebenaran. Maka dapat lah petunjuk dan pedoman dan menyertai atau menyokong Umno.
Oeh kerana tersedar akan mainan politik atau mereka sedar bahawa mereka telah dipergunakan oleh Pas. Hari ini mereka juga telah menarik hand brake.
Rupa-rupanya mereka selama ini terpedaya dengan KPI atau NKRA pemimpin mereka. Setiap tahun mereka terpaksa menambah ahli baru sekurang-kurangnya lima orang. Itulah KPI yang ditetapkan oleh Pas yang mesti dilaksanakan oleh pengikut mereka.
Persoalannya ; Apakah nama pertubuhan yang dimaksudkan itu? Jawapan boleh didapati dalam entry yang lalu.......
Pas Disaran Cari Punca Kenapa Ulama Minat Umno
BESUT, 30 Jun (Bernama) -- PAS disaran bermuhasabah dan mencari punca sebenar mengapa golongan ulama lebih berminat kepada UMNO berbanding parti mereka yang mendakwa memperjuangkan agama Islam.Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata adalah sesuatu yang malang bagi PAS apabila pimpinannya gagal mengakui mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan parti mereka sehingga dipinggirkan golongan ulama terutama ulama muda.
"PAS tidak perlulah menyalahkan golongan ulama yang tidak ingin bersama mereka. Mereka sepatutnya sedar mungkin ada yang tidak kena dengan parti mereka itu," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.
Beliau diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyifatkan 40 ulama yang menyertai UMNO baru-baru ini sebagai 'ulama sekular' yang tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar.
Abdullah berkata beliau percaya golongan ulama muda berilmu tinggi itu menyedari bahawa perjuangan PAS sudah jauh menyimpang daripada matlamat asalnya untuk memperjuangkan Islam.
Katanya pelbagai tindakan PAS sejak kebelakangan ini lebih banyak mementingkan politik daripada agama hingga menyedarkan golongan ulama yang memilih UMNO sebagai alternatif bagi memperjuangan agama Islam.
"Mereka terdiri daripada orang profesional yang berilmu dari pelbagai bidang, jadi mereka sebenarnya tahu apa yang mereka lakukan dengan memilih UMNO sebagai landasan untuk menegakkan agama," kata Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Besut.
Beliau juga mengibaratkan komen yang diluahkan oleh Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu sebagai komen golongan orang yang kecewa semata-mata.