Video di bawah adalah komen dari seorang warganegara Malaysia, Dr Bakri Musa yang menetap di California, Amerika Syarikat selepas mendengar ceramah Anwar bertajuk "Democracy and the Muslim World" di Stanford University pada 12 Oktober 2006.
Pidato Anwar itu dianjurkan oleh FSI (The Freeman Spogli Institute for International Studies), dengan sponsor daripada CDDRL (Stanford University the Center for Democracy, Development and the Rule of Law) dan Shorenstein APARC (Walter H. Shorenstein Asia-Pacific Research Center). Klik di sini
Dalam pidato tersebut Anwar berkata : "Kita terpaksa menolak anggapan bahawa Muslim dan bukan Muslim yang berusaha menggalakkan 'demokrasi' dan 'kebebasan' adalah penyokong agenda Amerika Syarikat. Demokrasi adalah nilai yang berharga yang digalakkan oleh Muslim dan juga rakyat Amerika".
Laman web fsi.stanford.edu memperkenal Anwar sebagai Profesor Pensyarah Pelawat Sekolah Perkhidmatan Antarabangsa di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat. Kemudian ditambah dengan biodata lanjut. Sejak dibebaskan dari penjara Sungai Buloh (2004), Anwar dilantik sebagai Pensyarah Pelawat di St Anthony College (Oxford), United Kingdom dan SAIS (School of Advanced International Studies), di Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat. Anwar juga merupakan penasihat di Bank Dunia berkaitan dengan persoalan pentadbiran dan kebertanggungjawaban. Baru-baru ini, beliau telah dilantik sebagai Presiden Kehormat AccountAbility, satu organisasi yang berpusat di London yang menyokong amalan-amalan perniagaan dari segi sosial kebertanggungjawaban. Klik di sini
Dr Bakri Musa yang turut serta mendengar pidato Anwar itu turut mengulas : "Nama saya, Bakri Musa. Saya adalah pakar bedah di sini (California) dan banyak menulis tentang Malaysia. Dia (Anwar) adalah salah seorang daripada pemimpin Islam yang boleh 'membina jambatan' di antara Islam dengan Barat. Dia adalah pemimpin yang faham dan selesa dengan Barat. Dan hanya seorang pemimpin Islam, secara spontan bermain di fikiran saya yang hampir sama dengan Anwar Ibrahim adalah Anwar Sadat".
Siapa Bakri Musa ?
Dr Bakri Musa merupakan warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja sebagai pakar bedah General Surgery
700 West Sixth Street, Suite S Gilroy, California. Beliau bersama isterinya Karen E. Musa menetap di Morgan Hill. Dr Bakri terlibat aktif dalam penulisan di media berkaitan dengan isu-isu semasa di the Far Eastern Economic Review, Asiaweek, International Herald Tribune, Education Quarterly, SIngapore's Straits Times, and The New Straits Times. Beliau juga merupakan kolumnis Malaysiakini.com. Klik di sini
Beliau juga aktif sebagai 'Paul Harris Fellow, Rotary International, Rotary Club, Morgan Hill'.Klik di sini
Kenapa Dr Bakri merumuskan Anwar Ibrahim = Anwar Sadat ?
Persoalan ini sukar dijawab. Hanya Dr Bakri yang arif tentang dunia Amerika Syarikat dan terlibat aktif dengan organisasi pro-zionis seperti Rotary Club mampu merungkai jawapannya. Tetapi berdasarkan pengalaman kehidupannya di Amerika Syarikat dan pengetahuannya yang meluas dalam bidang politik antarabangsa, Dr Bakri wajar membuat penilaian sendiri apakah watak yang paling sesuai diberikan kepada Anwar setelah mendengar ucapan penasihat umum PKR itu.
Secara peribadi, Dr Bakri amat mengenali perwatakan Anwar. Dr Bakri menggambarkan Anwar sebagai;
"Seorang lelaki yang memetik falsafah Churchill (gereja) dan Confucius (falsafah China) mengikut kehendaknya sendiri, secara unik berpotensi untuk membawa pemahaman lebih di antara Timur dan Barat...Dia merupakan seorang pemimpin yang giat dipikat oleh "neo-cons" (kumpulan Yahudi Amerika) di Washington, DC, dan dalam masa sama dipikat oleh fundamentalis ulama-ulama PAS, di Malaysia.." Klik di sini
Berkemungkinan peranan Anwar Ibrahim sebagai sosok tubuh Anwar Sadat berdasarkan faktor berikut;
1. Semasa Anwar berucap di Stanford University, Anwar sedang menetap di Amerika Syarikat sebagai Pensyarah Pelawat Sekolah Perkhidmatan Antarabangsa di Universiti Georgetown.
2. Anwar juga pernah menjadi pensyarah pelawat di SAIS (School of Advanced International Studies), di Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat, sebuah universiti yang dianggap 'kilang melahirkan kader-kader' pro-Amerika di seluruh dunia. Jawatan Anwar sebagai pensyarah di SAIS dicadangkan oleh Paul Wolfowitz, ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan yang pernah menjadi dekan di sana.
3. Anwar Ibrahim dilihat sebagai anak buah kepada Paul Wolfowitz, seorang Yahudi beraliran zionis yang paling dibenci oleh dunia Islam dan masyarakat Barat sendiri yang menggelarkannya sebagai 'tokoh neocons' dan 'arkitek perang ke atas Iraq'.
4. Ketika itu, Anwar juga dilantik oleh Paul Wolfowitz sebagai penasihat di Bank Dunia. Ketika itu Wolfowitz adalah Presiden Bank Dunia.
5. Anwar juga dilantik sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future, sebuah yayasan 'demokrasi' untuk meliberalkan Timur Tengah dan Afrika Utara. Pelantikan Anwar melalui Jabatan Negara, Amerika Syarikat ke Foundation For The Future juga ada kaitan dengan dengan 'sentuhan' Paul Wolfowitz dan Shaha Ali Riza. Klik di sini
6. Selain Wolfowitz, Anwar juga berketuakan seorang lagi tokoh pro-Israel, iaitu Al Gore yang pernah menjadi Naib Presiden Amerika Syarikat semasa Presiden Bill Clinton. Al Gore telah melantik Anwar sebagai Presiden Kehormat AccountAbility yang berpengkalan di London.
7. Tema utama ucapan 'Demokrasi' dan "Kebebasan'(freedom). Tema ini merupakan tema utama kumpulan Yahudi Amerika Syarikat beraliran zionis seperti Paul Wolfowitz (Bank Dunia), Carl Gershman (NED), Madeline Albright(NDI), Al Gore (GIM), James Wolfensohn (Brookings Institution), Martin Indyk (The Saban Centre) dan lain-lain.
8. Anwar juga turut bersekongkol sebagai penceramah dan panel pemikir NED yang dipengerusikan oleh Carl Gershman. NED merupakan versi baru CIA yang menakluk dunia melalui projek "Demokrasi' dan 'Kebebasan'. Klik di sini
Persoalan status Visa G-4
Persoalan status Visa yang dimiliki oleh Anwar masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Status Visa mula meletup apabila skandal Paul Wolfowitz-Shaha Riza disiasat. Ketika itu Wolfowitz adalah Presiden Bank Dunia, manakala Shaha Riza adalah pekerja di Bank Dunia, begitu juga dengan Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai konsultan Bank Dunia.
Channel 4 News mengupas secara terperinci skandal Wolfowitz tersebut yang turut membabitkan Anwar Ibrahim. Menurut channel 4 News itu, persoalan 'tapisan keselamatan' dan visa yang dimiliki oleh Shaha Riza amat meragukan. Shaha Riza bukan warganegera Amerika Syarikat sebelum ini telah mendapat keistimewaan melalui perlindungan Pentagon (sebelum ini diketuai oleh Wolfowitz) dengan mendapat kelulusan visa dalam masa 6 hari. Satu keistimewaan luar biasa bagi bukan warganegara Amerika.
Persoalan kedua, sesorang yang dilantik sebagai staf Bank Dunia tidak dibenarkan menjalankan 'kerja-kerja politik' seperti terlibat dalam SAIC dan Foundation For The Future yang menjalan operasi sulit di Timur Tengah. Dalam laporan Channel 4 News itu juga turut memaparkan peranan Anwar Ibrahim yang menghantar surat kepada Bank Dunia untuk memindahkan Shaha Ali Riza ke Foundation For The Future. Lihat laporan Channel 4, sila klik di sini
Menyentuh perkara sama mendedahkan Shaha Ali Riza memiliki Visa G-4, iaitu satu visa khas yang diluluskan oleh Setiausaha Negara, Amerika Syarikat kepada agen-agen tertentu dalam menjalankan satu-satu operasi yang diarahkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat. Klik di sini
Seandainya, status visa Shaha Riza dipertikaikan kerana beliau bukan warganegara Amerika Syarikat yang menjalankan dua kerja serentak, sebagai staf Bank Dunia dan sebagai Ahli Lembaga Pengarah SAIC, bagaimana pula dengan status visa yang dimiliki Anwar Ibrahim ?
Laporan Channel 4 News membuktikan Anwar Ibrahim juga turut terlibat dalam skandal Wolfowitz-Shaha Ali Riza itu. Anwar dilaporkan atas kapasitinya Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future telah menghantar surat kepada Bank Dunia untuk memindahkan Shaha Ali Riza dari Bank Dunia kepada Foundation For The Future di bawah Jabatan Negara.
Anwar juga seperti Shaha Riza bukan warganegara Amerika Syarikat, melakukan pelbagai kerja serentak, bukan setakat pensyarah pelawat di Universiti Georgetown, tetapi dalam masa sama menjalankan 'kerja-kerja politik' untuk kepentingan Amerika Syarikat.
Antara yang menjadi isu adalah Anwar menjawat jawatan konsultan Bank Dunia dan dalam masa sama menjadi Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future.
Adakah visa yang dimiliki oleh Anwar sama seperti Shaha Riza, iaitu memiliki Visa G-4 yang bermaksud Visa Khas Untuk Agen Amerika Syarikat. Perkara ini tidak mustahil kerana Shaha Riza dan Anwar merupakan anak buah kepada Paul Wolfowitz.