Dalam mesyuarat pertama mereka semalam juga memutuskan satu memorandum akan diserahkan kepada Ahli-ahli Parlimen Malaysia pada Isnin, 7 Jun sempena persidangan Dewan Rakyat.
Pada 23 Jun pula, GMJ akan menyerahkan memorandum sama kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut setiausaha GMJ, Suhaizan Kayat, road show ke serata negeri bagaimanapun berjalan sepanjang masa dan akan bermula 15 Jun ini sehingga hari kemuncak bantahan 3 Julai ini.
Ianya bermula di Wialayah persekutuan, kemudian Selngor (18 Jun), Terengganu (19 Jun), Kedah dan Pulau Pinang (22 Jun), Perak (23 Jun), Perlis (26 Jun), Johor (27 Jun), Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan (29 Jun).
Selain pengedaran risalah, program lain sepanjang kempen juga termasuklah penyerahan memorandum kepada Menteri-menteri Besar dan juga Mufti-mufti Negeri.
Manakala penutup road show akan diadakan pada 2 Julai jam 9 malam di Kuala Lumpur.
Pada hari kemuncak, 3 Julai tersebut, 100 ribu dijangka menyertai himpunan tersebut di ibu negara bermula jam 2 petang bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
GMJ dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid, timbalannya adalah Mohamad Raimi Ab. Rahim manakala AJK pula terdiri daripada wakil-wakil NGO dan parti politik.
Ianya ditubuhkan bagi menggerakkan massa membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sempena bola sepak Piala Dunia yang akan berlangsung bulan ini.
Berikut adalah antara NGO yang turut serta dalam GMJ:
1. Majlis Perundiangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
2. Persatuan Teras Perpaduan Melayu (Teras)
3. Dewan Pemuda Masjid
4. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
5. Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS)
6. Satu Nama (SATNA)
7. Jemaah Islah Malaysia (JIM)
8. Jamaiy
9. Pengerak Belia Tempatan MPK
10. Budayawan Bertindak (BB)
11. Seniman Paksi Rakyat
12. Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK)
13. Nisa Malaysia
14. Persatuan Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM)
15. Persatuan Dharma Sakyamuni
16. Relawan (PBR)
17. Pusat Aduan Rakyat Kempas
18. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
19. Dewan Pemuda Pusat (DPP Pusat)
20. Angkatan Muda Keadilan (AMK)
21. Pemuda DAP (DAPSY)
GMJ Lancar Kempen Bantah Judi Sukan
Friday, 04 June 2010 10:56 AMKUALA LUMPUR : Gerakan Rakyat Membantah Judi(GMJ) akan mengadakan perlancaran Kempen Memansuhkan Judi Sukan bersama pimpinan NGO, ulama dan parti politik di hadapan Pusat Perniagaan Sogo, Jalan Tungku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 5hb Jun 2010 jam 2 petang.
Kempen ini bertujuan untuk mendesak pihak Kerajaan Malaysia menarik balik lesen judi sukan yang telah diluluskannya.
Kemuncak kepada kempen ini adalah Himpunan 100 Ribu Rakyat Malaysia Membantah Judi Sukan pada sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang di Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
"Saya mengajak semua pihak agar sama-sama memberi sokongan melalui kehadiran dalam perlancaran kempen ini," kata Setiausaha, Gerakan Rakyat Membantah Judi, Suhaizan Kaiat dalam kenyataan medianya.
Menurut beliau Kelulusan judi sukan ini boleh menyebabkan :
1. Keruntuhkan mutu sukan negara.
2. Mendorong rakyat bergantung kepada nasib.
3. Menurunkan produktiviti negara.
4. Meruntuhkan institusi keluarga.
5. Meningkatkan gejala sosial.
6. Meningkatkan kadar jenayah.
7. Meningkatkan beban hutang rakyat.
8. Meruntuhkan ekonomi negara.
9. Menyalahi dasar-dasar semua agama.
Semua rakyat Malaysia dijemput hadir bagi memberi sokongan dalam membantah kelulusan judi sukan yang bakal memusnahkan negara.