Rupa-rupanya ada juga orang pandai agama dalam umno ni ek, walaupun rupanya hensem ala model pencukur janggut,dengan tidak berjanggut,berbaju kemeja itu tidaklah menjadi masalah kerana berjanggut dan berjubah itu adalah sunnah dan bukannya wajib.
Tapi bukankah menjadi kewajipan bila seseorang itu berilmu menegur jika ada kesilapan atau kesalahan. Mana suara uztaz ini ketika Awe Adek memohon lesen judi halal? Takkan tugas orang bijak pandai agama dalam umno hanyalah untuk membaca doa semata-mata.
KOMEN TM;
Petikan di atas diperolehi daripada facebook seorang pengikut Pas totok. Mungkin dia kenal dan mungkin juga sengaja buat-buat tak kenal ustaz yang membaca doa di atas.
Ustaz tersebut ialah Omar Khalid , Penulis Kitab Tafsir Mubin. Beliau juga pernah menjadi ahli Pas selama 35 tahun dan beliau juga yang bertanggung jawab dalam melabelkan Nik Aziz sebagai Tok Guru.