Sabtu, 31 Julai 2010

Menjejaki Lingkaran Anwar & Zionis - Naungan The Albright Group

Sekembalinya dari Jacksonville, Florid, 27 Februari 2005, Anwar Ibrahim  bermesyuarat dengan Madeline Albright  di Washington DC . Selepas melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat semasa zaman Presiden Bill Clinton, Albright membuka syarikatnya sendiri pada tahun 2001, The Albright Group LLC di 1101 New York Avenue, NW, Suite 900, Washington, DC 20005. Klik di sini
Berkaitan dengan Albright, Azmin Ali melaporkan "Semasa menjadi Setiausaha Negara, Madeline Albright paling tegas mengecam sistem perundangan Malaysia yang tidak adil dan menganggap Anwar sebagai tahanan politik. Kini selaku Pengerusi National Democratic Institute ( NDI ), Albright bersedia memberikan kerjasama (kepada Anwar) bagi menjayakan rencana dialog Islam dan Amerika Syarikat". Klik di sini

Tulisan Azmin tentang perjumpaan Anwar-Albright membuka satu ruang sejarah hubungan yang telah dibina, sekurang-kurang sejak 1998. Keduanya, Albright berkepentingan kepada karier politik Anwar kerana Albright kini adalah Pengerusi NDI. Bahasa Azmin, Albright sedia beri kerjasama kepada Anwar atas kapasiti Pengerusi NDI. Maknanya Anwar yang minta kerjasama dan sokongan daripada Albright. Bahasa politik Azmin, kerjasama itu (baca : pertolongan/bantuan politik) untuk menjayakan rencana dialog Islam dan Amerika Syarikat. Tetapi benarkah untuk dialog Islam dengan Barat ?

Rencana dialog Islam dengan Barat itu hanya momokan indah Anwar kepada para penyokongnya di Malaysia, bagaimana pula pandangan Yahudi kepada Anwar terhadap permohonan bantuan itu ?

Ketika Azmin menulis mengenai NDI kepada para penyokongnya di Malaysia pada tahun 2005, ramai yang tidak memahami apakah sebenarnya NDI ? Apakah modus operandi badan itu ?

Apakah NDI ? NDI merupakan salah satu daripada empat cabang Projek Induk Demokrasi Amerika Syarikat yang dikenali sebagai NED (National Endowment for Democracy). Menurut Allen Weinstein, penggubal udang-undang penubuhan NED  "Apa yang telah dilakukan oleh NED hari ini adalah perkara sama yang pernah dilakukan oleh CIA, 25 tahun dahulu".

Bermakna operasi NED adalah sama dengan operasi CIA iaitu untuk menakluk dunia supaya tunduk kepada kuasa Amerika Syarikat menggunakan topeng demokrasi.

Dalam konteks NDI, pengkhususan bidang kerja organisasi mereka adalah membangunkan institusi demokrasi di negara-negara tertentu dengan memberi bantuan kewangan, dan latihan kepimpinan kepada parti politik tertentu dan NGO tertentu. Klik di sini

Selain Albright, terdapat beberapa aktivis zionis lagi yang bergiat cergas dalam NDI, iaitu Kenneth D Wollack (Presiden NDI), James Wolfensohn (Ahli Lembaga Pengarah NDI) dan Stephen J. Solarz serta Elliott Kulick (Kedua-duanya Penasihat NDI). Klik di sini

James Wolfensohn adalah seorang kenalan Yahudi Anwar sejak dari Anwar menjadi Menteri Kewangan dan dilantik bekerja di Bank Dunia dan IMF. Klik di sini. Manakala Stephen Solarz dan Elliott Kulick merupakan kenalan Anwar dalam ICG (International Crisis Group). Klik di sini


Apa signifikan pertemuan Anwar-Albright ?

Jika dibandingkan dengan kes terbaru Anwar, 'Anwar's Apology Tour', [klik di sini] pihak Anwar sendiri yang mengatur jadual untuk memohon maaf kepada tokoh-tokoh Yahudi, jadi dalam kes pertemuan Anwar-Albright, pihak Anwar yang mengatur jadual untuk bertemu dengan Albright bertujuan untuk meminta sokongan politik.

Bukan Albright yang mahu jumpa Anwar tetapi Anwar yang beriya-iya mahu jumpa Albright, serta menawarkan diri untuk diperalatkan oleh Yahudi beraliran zionis itu. Anwar sanggup diperalatkan dirinya kerana beliau melihat keuntungan jangka panjang kepada dirinya dan politiknya khususnya berkaitan dengan dana politik.

Sememangnya Yahudi akan menerima sepenuh hati, apabila terdapat seorang 'tokoh muslim' yang bersedia membantu menjayakan misi mereka ke negara-negara Islam.

Bermakna pertemuan semula Anwar-Albright pada 27 Februari 2005 dianggap detik bermulanya sokongan politik Albright kepada Anwar Ibrahim. Albright dianggap sebagai sumber rujukan Anwar 'kunci hubungan' dengan semua tokoh-tokoh Yahudi yang memegang peranan utama dalam bantuan dana untuk projek demokrasi seperti Carl Gershman (Presiden NED), Kenneth Wollack (Presiden NDI), dan Lorne Craner (Presiden IRI) yang pada episod seterusnya Anwar Ibrahim diberi kepercayaan untuk menjadi panel pemikir yayasan demokrasi yang didalangi kumpulan zionis itu. Klik di sini




AnwarJewish


Apa kepentingan Anwar menjadi alat kepada Yahudi di NED, NDI dan IRI ?

Sebenarnya terlalu banyak khususnya dalam karier politik Anwar Di Malaysia. Suara Keadilan terbitan 28 November - 12 Disember 2006 melaporkan sebelum PRU 12, NDI telah melatih lebih 30 orang aktivis PKR di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Antaranya adalah Dr Xavier Jayakumar, Mustafa Kamil Ayub, Kamarul Baharin Abbas, Sivarasa Rasiah, Khalid Ibrahim, Johari Abdul, Amiruddin Shaari, Haniza Talha dan lain-lain.

IRI (International Republican Institute) yang juga mengkhususkan dalam pilihanraya turut membantu Anwar dan rangkaiannya di Malaysia. Baca tulisan sebelum ini bertajuk "Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim" untuk mengetahui bentuk-bentuk bantuan tersebut. Klik di sini


Albright dan US-Muslim Engagement Project
Albright adalah seorang Yahudi yang berminat dengan Projek 'Pertunangan' Dengan Dunia Islam (US-Muslim Engagement Project). Projek 'US-Muslim Engagement'  merupakan cadangan daripada CFR (Council on Foreign Relations) di mana Albright merupakan salah seorang daripada ahli lembaga pengarahnya.

Ahli lembaga pengarah CFR terdiri daripada Carla A. Hills(Pengerusi bersama), Robert E Rubin (Pengerusi bersama), Richard N Haass (Presiden), Madeline Albright, Vin Weber, Fareed Zakaria dan lain-lain. Klik di sini

Berdasarkan ahli lembaga pengarah CFR di atas, maka tidak hairan jika Anwar dilantik sebagai diplomat jemputan CFR [klik di sini], kerana sebahagian besar ahli lembaga CFR adalah sahabat Anwar. Misalnya Carla A. Hills, terlibat bersama Anwar dalam ICG; Vin Weber, terlibat bersama Anwar dalam NED dan Richard N Haass, terlibat bersama Anwar dalam Institut Brookings. Bahkan Albright merupakan tokoh pertama yang mencadangkan nama Anwar supaya dilantik sebagai Diplomat Jemputan CFR.

Albright (Pengerusi NDI) dan Vin Weber (Pengerusi NED) merupakan dua ahli lembaga pengarah CFR yang terlibat aktif dengan projek 'pertunangan' dengan dunia Islam tersebut. Klik di sini

Rockefeller Brothers Fund turut menaja US-Muslim Engagement Project. Albright dan Vin Weber turut terlibat dalam projek tersebut.  Klik di sini

Apakah motif CFR (yang anggotanya kebanyakan Yahudi dan disponsor badan Yahudi) serta agensi-agensi kawalan terutamanya NED dan NDI terlalu berminat untuk mengadakan projek 'pertunangan' dengan dunia Islam ? Apakah motif badan-badan Yahudi melantik Anwar Ibrahim sebagai salah seorang 'tokoh utama' dalam projek 'US-Muslim Engagement' itu ?