Jumaat, 16 Julai 2010

NIK AZIZ HANYA MAMPU BAGI CERAMAH BUKAN PEMBANGUNAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dakwaan bahawa rakyat Kelantan tidak mahukan pembangunan adalah tidak benar sebaliknya mereka sangat berharap negeri ini akan berubah wajah setanding dengan negeri maju yang lain.

Pada PRK Manik Urai lalu, rata-rata penduduknya mahukan pembangunan yang tidak dapat dilaksanakan PAS.

PAS berbohong kononya rakyat Kelantan tidak mahu pembangunan kerana itu hanya duniawi sebaliknya kenyataan itu berbeza sekali terutama ketika di Manik Urai setahun yang lalu.

Rakyat mahukan pembangunan, masjid, jambatan dan banyak lagi," kata TPM  ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Tanah Merah dan Karnival Rakyat Parlimen Tanah Merah Khamis lalu.

Muhyiddin turut menegaskan bahawa Kerajaan Pusat sama sekali tidak pernah meletakkan martabat negeri Kelantan lebih rendah daripada negeri-negeri lain di negara ini di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya mahu melihat Kelantan mencapai taraf negeri maju setanding dengan Johor dan Selangor.

Peruntukan besar diberikan kepada rakyat Kelantan setiap tahun untuk membangunkan pelbagai prasarana termasuk pembangunan institusi agama dan pendidikan di negeri ini.

"Lebih 90 peratus rakyat di negeri ini adalah Melayu beragama Islam dan mereka dahagakan pembangunan dan bantuan kerajaan dan hakikatnya pimpinan Pusat tidak mahu negeri Kelantan terabai," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno turut menyelar sikap pemimpin kerajaan Pas Kelantan yang tidak memperjuangkan nasib rakyat di negeri ini dengan menanam fahaman di dalam fikiran rakyat bahawa pembangunan duniawi tidak penting berbanding di akhirat kelak.

Sementara itu, Muhyiddin berkata semangat anggota Umno Kelantan kini semakin kuat dan berharap ia dapat diterjemahkan pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan BN menang dan seterusnya mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan negeri.