Sabtu, 31 Julai 2010

PAS AKAN MENYERTAI PERARAKAN KURAFAT LAGI?

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan ‘candle light vigil aman’ yang dirancang dianjurkan jam 8 malam esok 1Ogos 2010.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis tidak menerima sebarang permohonan bagi mengadakan perhimpunan dan perarakan daripada penganjur.

“Difahamkan penganjur program itu berhasrat mengadakan perhimpunan di beberapa lokasi yang dipilih termasuk Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Sarawak.

“Perbuatan (mengadakan perhimpunan) seumpama ini jelas bercanggah dengan undang-undang negara jika diteruskan juga,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di sini, semalam.

Ia juga bercanggah dengan ajaran agama Islam kerana perbuatan tersebut adalah amalan agama  Kristian. Tahun 2008 dan 2009 program Vigil ini mendapat sokongan Pas dan Harakah juga menyiarkan program dan menyeru semua ahli dan penyokong Pas menyertai amalan kurafat tersebut