Sabtu, 31 Julai 2010

Perhatikan betul-betul propaganda Pas dan Pkr



ISU 1 HARI PAHLAWAN
Boleh pulak kerajaan Selangor mengadakan majlis di tugu peringatan negeri, tak ada yang membantah ker haram tu...Siapa dengan tafakur selama seminit.....Hoiii PAS...kenapa tak membantah?

ISU 2 DARUL ULUM HULU LANGAT
Bagi bantuan RM 100 ribu sahaja? Lihat Menteri Besar Perak, Madrasah idrisiah Bukit Chandan Kuala Kangsar dapat RM 250 ribu...bantuan perkapita...tu belum termasuk tanah untuk projek perladangan kepada sekolah agama rakyat.

ISU 3 GURU BERPOLITIK
Pas takut jika ramai guru menyertai Umno, Selama ini Pas telah berjaya mempengaruhi minda guru DG 41-48 supaya menetang kerajaan. 

Ramai guru-guru Pas yang membawa Harakah dan bercakap politik di sekolah, menjadi perayu undi bila ada PRU dan PRK.  Paling buruk lagi ada guru Pas menggunakan masa terluang untuk berkempen politik kepada guru lain, menghina guru-guru yang tidak menyokong mereka.

Kenapa Pas membenarkan guru-guru pro  mereka berpolitik dalam sekolah? Nah! Bila kerajaan mengizinkan guru untuk bergiat cergas dalam politik, Pas yang fobia, kacau-bilau , risau dan cemas.

Dalam masa yang sama, Pas mendesak agar AUKU di tarik balik kerana mereka mahu mahasiswa yang muda-muda dibenarkan berpolitik diluar kampus dan menyokong Pas terutama dalam PRU dan PRK.

Tidakkah Pas merasa risau jika pelajar IPTA terlibat dengan politik , ia akan menjejaskan pengajian mereka dan boleh menyebabkan pelajar akan mengabaikan pelajaran dan tugasan mereka?

Jelas sikap double standard Pas yang hanya mementingkan diri mereka dalam isu guru dan pelajar universiti.


Jika menguntungkan Pas , mereka bersetuju, sebaliknya jika merugikan Pas, mereka menentang. Itu Pas, Parti Ajaran Sesat.