Sabtu, 10 Julai 2010

PAS TERPAKSA BERSANDEWARA DENGAN DAP KERANA DESAKAN AKAR UMBI PAS


Karpal tidak betul – Nik Aziz

Pas  ternyata telah tersesat dalam hala tuju perjuangan parti. Pada awal penubuhan mereka menentang gabungan MIC dan MCA dalam Perikatan kononnya penggabungan itu merugikan Melayu dan Islam, lalu puak-puak ulama dalam Umno keluar parti dan menubuhkan Pas. Akhirnya Pas tersalah tekan pedal minyak dan kereta Pas terbabas ke dalam gaung konflik indentiti.
 
Pas tersasar kerana bersekutu dgn sosialis , komunis dan freemason Pkr. Pas secara otomatis telah menjilat muntah sendiri atau telah mengkafirkan diri sendiri.  Hari ini Nik Aziz cuba membetulkan pesepsi Pas pada Kapal Singking.
 
Pas sanggup menjadi pecacai Dap dan Freemasonic Anuar. Pas cuba menipu Dap dengan melupakan perjuangannya untuk membentuk sebuah negara Islam. Hari ini Dap menyalak lagi.
 
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta parti itu menghormati pendirian DAP yang menolak konsep negara Islam sebagai tidak betul. Ini kerana jelasnya, Pas dan pakatan pembangkang lain telah lama menyetujui dasar perjuangan parti itu sebelum membina pakatan untuk menghadapi Barisan Nasional (BN).

Tegasnya, Pas akan tetap dengan dasar negara Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sekiranya pakatan pembangkang menerajui kerajaan Pusat.“Waktu belum kami masuk perikatan, kami dah bincang dah, dasar kami Islam. Oleh yang demikian, kami hormat pada DAP. Dan DAP hormat pada kami mula-mula kami nak buat pakatan dulu lagi, kenapa timbul balik perkara ini.

Pas sah sebuah parti sekular, parti kluk klekk yang berubah-ubah pendirian, yang mana untung sokong, yang mana rugi, istilahkan sebagai HARAM.