Beliau berkata kumpulan masyarakat sivil terdiri daripada individu yang tidak menganggotai mana-mana parti politik tetapi mempunyai kuasa dalam menentukan kemenangan parti politik dalam pilihan raya.
Kumpulan itu tidak terikat dengan mana-mana ideologi, bersikap terbuka dan mereka akan mengundi mengikut kata hati, katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pasir Salak pada hari Sabtu.
"Umno perlu meyakinkan kumpulan ini untuk mereka terus menyokong Umno dan Barisan Nasional," kata Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Akan tetapi masalah yang timbul sekarang ialah masyarakat sivil ini telah terperangkap dengan NGO yang pro pembangkang. Mereka menjadi ahli kepada Suaram. Abim, JI, JIM, Ikram , Mafrel dan lain-lain yang bersembunyi dibelakang parti politik pembangkang.
Saifuddin juga perlu membuka mata dan memantau perkembangan pensyarah termasuk juga profesor yang banyak bercakap dan menentang struktur pendtabiran dan pemerintahan negara.
Beberapa hari lepas timbul isu HR Proton yang ditahan kerana gangguan seksual dan email-email dari Proton telah mendedahkan bahawa civil society ini lebih cenderung ke arah menentang kerajaan. Mereka ini ada di semua tempat terutama syarikat GLC dan juga jabatan kerajaan di peringkat pusat dan negeri yang bergred 48. 52 dan JUSA.
Tak percaya tunggu lah waktu mereka pencen. Kalau tak dilantik menjadi pengerusi mana-mana perbadanan kerajaan maka ada yang menjadi calon parti pembangkan dalam PRU 13 nanti.