Sabtu, 10 Julai 2010

Sukan Berbasikal semakin popular di Taiping

Hari ini setiap petang TM melihat ramai warga Taiping telah melibatkan diri dengan aktiviti berbasikal. Ada yang kelihatan cukup pro dan ada yang kelihatan masih amatur. Basikal yang mereka bawa pula nampak mewah dan berjenama.

Cumanya ramai yang masih mengabaikan faktor keselamatan kerana tidak menggunakan sarung tangan dan juga topi keledar. Seluar juga jenis  seluar panas atau lebih dikenali sebagai track bottom.  Sebaiknya belilah seluar khusus untuk tunggangan basikal , harganya ada yang bawah RM100 dan ada yang lebih mahal lagi. Kasut yang baik ialah yang sesuai masuk hutan atau jenis trek hutan.


Gajet lain yang perlu ada ialah speedo meter yang boleh membaca jarak kayuhan dan berapa jumlah kalori yang dibakar waktu menunggang. Speedo meter yang popular ialah jenama Cat-Eye.


Basikal pula sebaiknya jenis yang mampu milik, pastikan ia mempunyai dics brake dan gear 21 kelajuan atau 27 kelajuaan. 

Basikal Polygon Diablo ini berharga RM 2000. cukup baik dan selesa.