Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) merupakan sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka Felda. Presidennya ialah Mazlan Aliman. ANAK mempunyai ahli seramai 2000 orang. Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) mendakwa bahawa adalah ANAK merupakan satu pertubuhan tidak berdaftar.[1]Pada 20 Februari 2010, konvensyen nasional anjuran PKR telah diadakan di Jerantut, Pahang. Kira-kira 1000 peneroka telah hadir. Mazlan Aliman turut membentangkan kertas kerja mengenai generasi baru Felda.
PAPAN IKLAN
15hb April 2oo9SALAM PERKENALAN,
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan atau ringkasannya `ANAK` diwujudkan terdiri daripada kalangan anak/cucu/cicit peneroka sahaja.
Bertujuan untuk mengembeling tenaga demi memastikan warga Felda terbela dan mengimbangi kepesatan dan kejayaan Felda agar peneroka Felda juga tidak ketinggalan untuk menikmati kejayaan dan kekayaan Felda.